Saturday, 2 November 2013

Punca Sebenar Kebakaran Di Flat Kg Kerinchi


alt
KUALA LUMPUR 1 Nov - Punca kebakaran Flat PKNS Jalan Kerinchi di sini semalam dipercayai dari rumah yang disewa oleh warga Indonesia dikatakan sedang memasak di dalam bilik tidur mereka.

Mangsa kebakaran, Aishah Alang, 52, berkata, sebelum kejadian, dia ada terlihat jirannya itu sedang memasak di dalam bilik mereka, namun pada mulanya tidak mengendahkannya kerana mereka memang selalu memasak di dalam bilik.

“Saya hanya mampu menjerit memberitahu ada kebakaran sebaik terlihat api mula merebak ke dalam kediaman kami yang berpunca dari rumah sebelah didiami warga Indonesia dan terus berlari turun tanpa sempat menyelamatkan barangan di dalam rumah.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian saya terbau asap dari kediaman itu, malah tiba-tiba api turut merebak melalui siling bumbung kediaman saya menyebabkan saya menjerit dan menyuruh anak saya menghubungi suami yang sedang bersolat di surau di tingkat bawah.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.40 petang.

Ekoran kejadian yang berlaku kira - kira jam 4.30 petang itu, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan antara empat mangsa yang terselamat dari kebakaran.

Sumber : rakyatnews

3 comments:

Unknown said...

kenape la msk dalam bilik o.O

zazanizam said...

dlm bilik pon boleh masak huhu...

MasihaSulaimi said...

Turut bersimpati..dulu selalu jugak lepak kat umah sewa kwn di flat ni