Tuesday, 21 January 2014

PRODUK DOUBLE STEMCELL TIDAK MEMILIKI SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA - JAKIM

Hari ini saya diajukan soalan, adakah produk Phytoscience Double Stemcell memiliki Sijil Halal dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia, JAKIM?

Saya kemudian menghubungi Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Ustazah Asiah Alkharib Shah. Beliau kemudian meminta saya merujuk kepada Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, JAKIM, Nadia Zammil Md Nasir. 

Nadia kemudian menghantar emel penjelasan berbentuk FAKTA kepada saya.

Assalamualaikum wm. wb.,

Menjawab isu produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience

Tuan/puan 

Terima kasih kerana merujuk perkara ini kepada pihak kami.

Melalui semakan status halal di direktori halal Malaysia, produk tersebut tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia. Carian atas nama syarikat juga mendapati bahawa syarikat tersebut tidak berdaftar dengan sistem/direktori halal sehingga kini. Tuan/puan juga boleh membuat carian di direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my dengan memasukkan nama produk/nama pengedar/pengeluar dan hasil carian akan terpapar sekiranya produk tersebut mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.

Dalam hal ini, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Hal ini telah dipanjangkan kepada Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan JAKIM untuk siasatan lanjut.

Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan. Sesungguhnya memilih yang halal itu fardhu bagi orang Islam.

Terima kasih kerana memilih halal Malaysia! 

(NADIA ZAMMIL MD NASIR)
Assistant Director
Public Relation Offier (PRO)
Halal Hub Division
Department Of Islamic Development Malaysia (JAKIM)
PJH Tower, No 2,
Precint 2,
62100 Putrajaya 

Ringkasnya, kenyataan di atas mengatakan, produk Double Stemcell TIDAK memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, JAKIM tidak melabelkan produk itu haram. 

Jangan terkeliru.

Produk telah melanggar APD 2011, justeru penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harus bertindak tanpa memilih bulu.


Setelah membaca penjelasan itu, molek sekiranya syarikat pengeluar produk terbabit tidak terus mencetak logo halal JAKIM di kotak produk kerana tindakan itu mengelirukan masyarakat pengguna di Malaysia.

Saya hanya berkongsi maklumat disalurkan oleh pihak berkuasa. Blog Sahabat Halal juga memaparkan informasi sama, klik di sini.

Berikut respon awal pembaca, Zai Phytoscience. JIKA kenyataan JAKIM itu tidak benar, Zai sepatutnya menyanggah dengan bukti, bukan mengeluarkan kenyataan secara semberono.


sumber : Mazidul Akmal

2 comments:

Misya said...

Salah satu sebab saya tidak menyertai bisnes mereka adalah budi bahasa mereka sendiri.. Melayu tipikal dah kaya, bukan makin menunduk. Nak berjaya kena jaga hati dan perasaan org dahulu. Pape pun Elken tetap di hati.=)

Farah Waheda Wahid said...

stemcell semakin popular masa kini... tapi itulah kena kaji dulu sesuatu produk tu sebelum jual atau sendiri guna kan??? thanks for sharing dear...