Friday, 28 February 2014

Terlalu Banyak Penipuan, Pembohongan & Fitnah Di Dalam Video Itu – Lisdawati


Akan berangkat menunaikan umrah, Lisdawati sempat memberi jawapan kepada sebuah video Sharnaaz Ahmad yang mendakwa mempunyai bukti mengenai apa yang telah terjadi. Video Sharnaaz ini telah pun dimuatnaik menerusi laman YouTube Harian Metro baru-baru ini. Menariknya Lisdawati juga menggunakan saluran yang sama untuk membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharnaaz.
sharnaaz dan lisadawBerikut ialah video Sharnaaz menunjukkan bukti baru-baru ini.


Dan ini antara sari penting kata-kata Lisdawati di dalam video terbarunya:-
Ok saya sebenarnya taknak merumitkan lagi keadaan. Maca inilah, lagi banyak statement keluar nanti, lagi macam-macam tohmahan yang datang. Yang kena jugak, saya sekeluarga
Orang kat luar suka jadi hakim. Okay. Macam inilah. Dia menunjukkan keberaniannya untuk minta maaf kepada saya. Di sini pun saya masih tertanya-tanya apa salah saya. Dia cuma mengemukakan pendapat dia.
Ok di sini kalau anda rasa saya bersalah, ok sekarang juga saya berani katakan saya minta maaf. Di dalam video itu, terlalu banyak penipuan. Tolong jelaskan kepada saya dan saya nak anda bersihkan nama saya selepas saya balik dari umrah.
Awak kata nak saman saya semaksimum mungkin, jangan sampai benda itu berbalik balik pada anda.
Sila tonton video di bawah untuk temubual penuh antara Harian Metro dan Lisdawati:-
Apa pun, diharap kemelut yang melanda Lisdawati dan Sharnaaz ini tidak menjejaskan tumpuan Lisdawati untuk menunaikan umrah. Sampai di sana kelak, jangan fikir hal-hal ini. Tumpukan kepada perkara ibadah sepenuhnya. Balik nanti fikirkanlah semula. Mana tahu dapat ilham untuk menyelesaikan perkara ini apabila berada di sana kelak.
sumber : beautifulnara.com

Lee Min Ho Minat Wanita Comel



POPULARITI Lee Min Ho tidak hanya terhad di negara kelahirannya sahaja. Bahkan Min Ho telah membuktikan dia mempunyai kelompok peminat sendiri di China selepas drama lakonannya, The Heirs mencetus fenomena.



Dek kerana itu dia menjadi pilihan sebagai model dalam majalah Cosmopolitan China, dan menerusi temu bual itu, Min Ho sempat mendedahkan ciri-ciri wanita yang menjadi dambaan hatinya.


“Biarpun ada yang mengatakan saya tampan, namun dalam soal memilih pasangan saya tidak pernah dambakan seorang wanita yang cantik.

“Tapi cukuplah dia mempunyai wajah yang cute (comel) dan penyayang. Selain itu saya sukakan wanita yang terbuka dan ceria. Jadi selepas seharian penat bekerja, saya akan senang dengan kehadirannya di sisi saya. Bagi saya perempuan seperti itu lebih menarik,” katanya.

Thursday, 27 February 2014

Status Di Facebook Petanda Ajal



SUNGAI PETANI - "Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah."

"Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.”

Demikian bait-bait puisi yang dimaksudkan Norfaezah Budiman, 21, melalui akaun Facebook miliknya yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

Status tersebut mendapat reaksi orang ramai setelah Norfaezah meninggal dunia awal pagi semalam ketika membonceng motosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Ibu mangsa, Sarina Abu Othman, 49, dari Flat Paya Nahu berkata, anak kedua dari enam beradik itu sempat berpesan supaya ibu menjaga bapa selain adik bongsu berusia tujuh tahun sebelum beredar ke rumah sewanya tidak jauh dari situ.

“Dia peluk saya, belai dan sandar di badan saya, apabila ditolak, dia kata biarlah dia nak bermanja dan meminta saya jangan ke mana-mana serta menemaninya,” katanya.

Sebelum pulang ke rumah sewa, Norfaezah ada memberi RM5 kepadanya dengan berkata, duit berkenaan untuk kegunaan ibunya ke tempat kerja.

Sarina berkata, sebelum pulang, dia seolah-olah melihat lambaian Norfaezah kelihatan sayu dan rupa-rupanya itu petanda ajal dia akan pergi buat selama-lamanya.

Bagaimanapun, katanya dia terkilan kerana Norfaezah ada meminta supaya dia menghantar makanan tengah hari kepadanya kelmarin ketika sedang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit namun tidak dapat berbuat demikian kerana tiada kenderaan.

Status Facebook tentang kematian

Sementara itu, rakan baik mangsa, Azie Azira Aziz, 18, berkata, sebaik berita kemalangan dimaklumkan kepadanya, dia teringat status kemas kini akaun Facebook milik Norfaezah yang menulis tentang kematian.

Katanya, status itu hanya dianggap biasa sehingga menerima berita mengejutkan awal pagi semalam tentang kematian Norfaezah.

Dalam kemalangan terbabit, Norfaezah dikatakan membonceng motosikal rakannya, Azwan Shah Ishak, 25, sebelum dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang.

Azwan Shah yang mengalami kecederaan parah dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira tujuh jam kemudian.

Keluar makan bersama

Saksi kejadian, Fhadirul Azmin Mohd Yusof, 22, berkata, dia bersama rakan lain menunggang lima motosikal baru sahaja selesai makan dekat sebuah warung di Stesen Bas Sungai Petani.

“Tiba di lokasi kejadian, kami terdengar bunyi kuat dari arah belakang, namun belum sempat berbuat apa-apa, sebuah kenderaan merempuh motosikal menyebabkan Norfaezah terpelanting jauh,” katanya.

Menurutnya, dia mengenali kedua-dua mangsa sejak kecil dan cukup rapat selain sering bersama rakan-rakan lain ke mana sahaja.

“Kami merancang untuk ke Thailand Khamis ini beramai-ramai, tetapi apabila jadi begini, terpaksa batalkan hasrat tersebut,” katanya.

SUMBER : SINAR HARIAN

Wednesday, 26 February 2014

A Aida terpaksa 3 kali bedah hidung



Produser drama dan pelakon, A Aida mengakui terpaksa menjalani tiga kali pembedahan kosmetik pada bahagian hidungnya dan menghabiskan kira-kira RM100,000 bagi merawat kesan kecederaan yang dialami lebih 20 tahun lalu.

"Saya buat sedikit pembedahan ketika itu, tetapi bengkaknya masih berterusan dan saya bertemu doktor untuk rawatan kosmetik sekali lagi kira-kira 10 tahun lalu. Bagaimanapun masih ada kesan bengkak dan lendir berkumpul di bahagian batang hidung saya sehingga hujung tahun lalu.

"Atas nasihat seorang rakan artis, saya lakukan pembedahan untuk kali ketiga dengan kos sebanyak RM25,000 tetapi saya masih tidak berpuas hati sebab ia tidak kembali seperti hidung asal saya," katanya ketika dihubungi semalam.

A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 40, bagaimanapun tidak menafikan sesetengah artis atau selebriti sengaja membuat pembedahan plastik untuk kelihatan cantik atas tuntutan kerjaya. Namun apa yang dilakukan ke atas hidungnya atas dasar kesihatan.

"Saya tidak pernah membuat pembedahan plastik atau kosmetik di bahagian lain tubuh badan saya untuk cantik seperti artis-artis lain tetapi setakat ini, hanya hidung saja yang dibedah atas dasar rawatan.

"Saya bukan buat untuk cantik kerana saya memang sudah berpuas hati dengan apa yang Tuhan beri, tetapi kecederaan itu memaksa saya merawatnya," katanya.

Menurut produser drama Halimah Jongang ini, lebih 20 tahun lalu dia mengalami kecederaan pada hidung ketika menjalani penggambaran drama Lela Sari bersama Sofia Jane dan Shaharuddin Thamby di Pulau Besar, Melaka. Insiden itu membuatkannya menanggung kesakitan agak lama sehingga dia mendapat rawatan dan mendapati darah beku di dalamnya yang menyebabkan A Aida terpaksa melakukan pembedahan.

Semalam muka depan Harian Metro melaporkan mengenai tuntutan kerjaya yang mahukan selebriti sentiasa berwajah cantikt membuatkan kebanyakan daripada mereka berbelanja besar untuk mencantikkan wajah.

Malah, ada antara mereka yang menghabiskan sehingga lebih RM50,000 untuk mendapatkan hidung yang lebih cantik apabila hidung asal 'rosak' kerana tercedera atau mengalami masalah kesihatan. Komposer Ajai atau Faizal Maas dan Winnie K misalnya mengakui melakukan pembedahan kosmetik kerana masalah kesihatan dan kecederaan.

Tuesday, 25 February 2014

WOW !! Bercium Boleh Menjadikan Anda Awet Muda.


Bercium Boleh Menjadikan Anda Awet Muda!!


Khusus bagi anda yang sudah memiliki suami, agaknya luangkan lebih banyak waktu untuk bermesraan dan quality time dengan pasangan anda. Diterjemahkan dari All Women Stalk, ternyata ada beberapa manfaat yang menyehatkan dari melakukan aktiviti mesra seperti berciuman.

Selain baik untuk tubuh, rupanya hal ini juga baik untuk kesehatan mental anda. Mahu tahu apa manfaatnya? Jom layan seketika.

Membuat Anda Awet Muda
Berciuman ternyata mirip dengan senaman wajah menurut Dr. Ava Cadell. Ia menyebutkan bahawa ciuman sama dengan melatih 30 otot yang ada di wajah. Ciuman boleh membuat wajah kita lebih kencang dan terlatih.

Membuat Anda Langsing
Ciuman juga merupakan aktiviti yang membakar kalori per minitnya. Ciuman lama dan berkualiti seperti ini boleh anda dapatkan ketika sedang bermesraan atau melakukan hubungan intim.

Menjaga Kesihatan Mulut
Bukankah mulut kita saling berinteraksi? Ternyata selama kita berciuman dengan pasangan, produksi saliva akan meningkat dan hal ini boleh mengatasi masalah gusi serta gigi yang mengganggu.

Mengurangi Stres
Berciuman juga boleh meningkatkan kesihatan mental. Memang tidak semua kemesraan boleh tercipta di saat anda sedang stres, namun ciuman dan hubungan intim memang boleh membantu mengurangi kelelahan terutama bagi mental anda.

Menyehatkan Jantung
Adrenalin yang terpacu saat anda berciuman ternyata sangat baik untuk menyehatkan jantung. Reaksinya sama seperti anda olahraga, sehingga degup jantung lebih baik dan sirkulasi darah lebih terjaga. Selama ciuman itu menyenangkan, hati anda juga akan ikut senang.

Sempatkan quality time agar anda dan pasangan lebih banyak waktu bersama dan lebih bahagia. Happy life, healthy life.

Monday, 24 February 2014

INI RUMAH TEMPAT SAYA DIBESARKAN - SAIFUL NANG


INI RUMAH TEMPAT SAYA DIBESARKAN - SAIFUL NANG

Cerita hari ini ialah...

KISAH PETI AIS WAK ROS & WAK NANG : JIKA RAJIN, SEMUA BOLEH JADI (Mak dan Ayah saya). 

Ini ialah rumah tempat saya dibesarkan, dah jadi rumah tinggal dah sekarang ni. Rumput dan lalang pun dah tinggi-tinggi. Tiada penghawa dingin, tiada Nintendo, tiada iPad, tiada komputer, tiada RO Water Filter, tiada Herbalife, tiada pil-pil kurus...hanya rumah papan, tiada ceiling dan kalau waktu tengahari terpaksa lari bawah rumah ada pangkin dan hammock guni untuk rasa sejuk sedikit.

Ayah saya tak pernah ada hutang bank. Kalau ada pun, kerana salah seorang anaknya nak beli sangat mini-compo pakai finance MBF (ketika itu). Harga RM400 tapi bayar bulan-bulan sampai 4 tahun, tahu-tahu dah bayar RM1500.Tapi itu pakai nama ayah, yang bayarnya ialah orang yang nak radio tu lah. Zaman tu agak cool juga kalau nak jadi rappers atau new jack swing yang gantung CD kat leher dengan hoodies 7 Ringgit di Kedai Mara dan jalan pakai mini-compo.

Barang kemas dibeli kerana dia tahu harganya tidak berubah malah akan menaik. Itu sebagai salah satu simpanan tetap. Tapi emak akan pakainya dan gembira. Simpanan cara ni, ramai Mek Klate buat. Pakai emas sampai ke siku, kalau anak cakap nak pergi bayar yuran, dilurutnya 2 gelang (dari berpuluh-puluh yang Mek Klate ada) untuk anaknya pergi jual atau pajak. Tapi, emak saya taklah sampai ke siku. Ada hanya 2-3 utas gelang sahaja. Keseluruhannya kalau ditimbang pun tak sampai 15g.

Saya belajar dari arwah emak macammana nak meniaga walaupun emak saya bukan usahawan. Emak memang hidup tak boleh tak ada air batu (saya selalu tegur dia tentang benda ni). Elektrik masuk ke rumah hanya pada tahun 1988, sebelum itu kami semua pakai gasolin sahaja dan terpaksa beli ais di pekan.

Bila dah masuk elektrik, emak pula buat request kepada ayah nak beli peti sejuk. Ayah kata, bajet tiada. Kalau belanja beli peti ais, nanti dapur tak keluar asap.

Tapi akhirnya, sayangkan isteri lah katakan. Beli juga peti ais tu. Dalam 2 bulan, emak dah dapat balik duit beli peti sejuk tu. Peti sejuk 1 pintu dengan harga RM500. Lori SINGER datang hantar dari Pekan Triang.

Atas peti sejuk, ada tabung lutsinar untuk letak duit. Emak mula buat aiskrim "Malaysia". Ada aiskrim jagung, asamboi, cendol dan macam-macam lagi. Emak bagitahu saya, bawa budak-budak main di laman rumah kami. Pelik juga, dulu dia marah pasal habis pokok bunga dia kami lunyaikan dengan bola dan orang.

Rupanya, ada trick. Setiap petang, tak kurang 40 batang aiskrim habis. RM0.10 x 40 batang x 30 hari = RM120 x 2 bulan = RM240. Belum cover lagi kos beli peti sejuk. Untung memang boleh kata 95% kerana kadangkala dalam kenduri, dari air lebihan tu dibuang membazir, emak akan tanya untuk bawa pulang. Esoknya, dah jadi aiskrim.

Inovasi seterusnya ialah...AIS KEPAL. Asalnya tak pakai mesin pun, hanya pakai penyagat ais sahaja yang jauh lebih murah dari mesin ABC sekarang ni. Ais Kepal boleh dijual dengan harga RM0.30 dan itu lebih menguntungkan. Jika budak-budak memang sangat. Seingat saya, perniagaan berkembang kerana peminat ais kepal bukan sekadar budak-budak. Ramai juga dari kalangan orang tua.

Kedudukan rumah ini pula di jalan sambungan antara Felda Tementi dan Rentam. Budak sekolah Menengah yang tinggal di Felda Rentam akan melalui rumah saya ini dan pasaran berkembang lagi.

Mudahnya, dalam 2 bulan sahaja kos pembelian peti sejuk 1 pintu itu telah berbayar. Tapi, emak saya bukan seorang usahawan. Setelah semuanya mencukupi, dia taklah membesarkan perniagaan yang kecil itu. Sampai kepada saya sekarang, saya akan terus besarkannya. Rumah inipun sudah lama dan kami pun tak duduk di sini lagi. Jika melalui kawasan ini dan nampak rumah ini, ia masih dalam keadaan yang sama.

Saya juga gunakan cara yang sama. Buat sesuatu dengan fungsi pelbagai. Jika dahulu suka travel, bulan 3-4 semasa di Malaysia low-season untuk wedding, biasa memang saya akan berada di Europe. Saya nak berjalan di sana, tetapi saya tidak mahu habiskan wang yang saya kumpulkan sebaliknya, pergi dan gunakan skill fotografi saya untuk membayar kembali kos perjalanan yang sangat tinggi itu. AKhirnya, berjalan pun dapat, pengalaman juga dapat, portfolio pun dapat dan duit pun siap banyak lebih untuk bawa balik ke Malaysia.

Hanya perlu rajin...insyaAllah boleh kaya. Bagaimana emak tak suka orang miskin merungut dan merengek nasib menyalahkan orang lain. Begitu juga saya benci orang menyalahkan nasib hidupnya kepada orang lain. Orang begini, tukar pemimpin ratus kali pun sama juga akan jadi loser. Orang yang rajin, campak ke mana-mana pun boleh jadi kaya.

SAIFUL NANG
Budak Felda Tementi

PANAS!!! Katy Perry Hina Islam Dalam Videoklip Dark Horse




Selebriti Hollywood, Katy Perry telah menimbulkan amarah dalam kalangan orang Islam dengan memuat naik sebuah video klip terbaru berjudul Dark Horse yang sedang hangat berputaran di kaca televisyen mahupun radio masa kini.

Menerusi video klip berkenaan, Katy Perry secara terang-terangan menghina agama islam dengan membakar rantai kalimah Allah s.w.t dan mengigit abu pemakai tersebut sebagai tanda kuasa.

Selepas itu, beliau seakan-akan haus yang teramat sangat. Ada hadis yang mengatakan sebelum hari kiamat satu dunia akan mengalami krisis ketiadaan air dan waktu itulah dajjal akan keluar untuk menyesatkan semua manusia dengan bagi air kepada semua manusia.



Sumber

Friday, 21 February 2014

Sabar Menunggu BR1M



Amboii korang.. Mentang-mentang #BR1M dah masuk semua menghilang harini. Kecoh dekat Facebook yang BR1M dah masuk. I jelly tau, tapi takpe i dapat RM650.00 walaupun I belum kahwin lagi. Hahaha. Bukan dekat FB je kecoh pasal #BR1M ni. Dekat blog pun ada. Salah satunya macam dekat gambar atas ni. Yang selebihnya kat bawah ni.

(mana iklan ptg tali? Phat kata dah kena cerai talak 3. Kesian H12 tu.)


Musim BR1M datang lagi. Diharap dengan pembayaran bantuan BR1M 3.0 pada bulan Februari ini, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat yang sedang mengharungi kos sara hidup yang tinggi dan semakin membebankan.

Bagi yang tak sempat semak bolehlah buat cara macam ni.

  • Hubungi talian BR1M 2014 di nombor 1-800-88-2716 (jam 9 pagi – 5.30 petang, mulai hari Isnin – Jumaat pada Februari 2014 ini)
  • Anda juga boleh semak keputusan Br1M 2014 melalui email ke : br1m3@treasury.gov.my. Setiap email yang dihantar akan di balas di antara 2-3 hari bekerja.

  • Kalau korang datang baca entry ni. I nak mintak tolong sikit, tolong like gambar ni boleh. Tekan link biru ni.
    Promote Wechat. Perlukan 100 like

    Wednesday, 19 February 2014

    5 GAMBAR - BAJU KETAT MENAMPAKKAN 'BABY BUMP' SCHA AL-YAHYA


    Aksi Scha Al-Yahya yang kini hamil kira-kira lima bulan memakai baju yang agak ketat hingga menampakkan 'baby bump' nya.





    Kisah Sebenar Bapa Report Polis Anak Tidak Siap Kerja Sekolah Yang Semua Orang Tidak Tahu | Blog Cik Chubby



    Masih ingatkah anda kes yang pernah mengemparkan beberapa minggu yang lepas.Inilah kes sebenar yang ramai tidak tahu mengapa bapa pelajar tersebut membuat laporan polis terhadap guru yang mendakwah anaknya tidak siapkan kerja sekolah 

    berikut info terbaru yang dapat admin kongsikan kepada anda jadi tolong sebarkan kisah yang sebenar ini.

    Pengguna Maybank Sila Berhati-Hati | Blog Cik Chubby


    BERHATI HATI wahai pemegang akaun Maybank yg kerap membuat transaksi kewangan menggunakan internet. Silap masuk, duit pun hilang.. 

    Kaedah 'Phising' ni dah biasa sebenarnya tapi dek kerana cuai dan x perasan perbezaan antara website sebenar dengan tiruan, ianya tetap berlaku hingga kini. PERHATIKAN PERBEZAAN INI BETUL BETUL... Pastikan url yg korang masuk tu benar2 url dari Maybank (www.maybank2u.com.my). 

    Gambar metunjukkan url paling latest (semalam), sebelum ni banyak lagi url yg kononnya dari Maybank walhal tu dari lanun moden.

    sumber : Facebook & Dedeq DE Wishes

    Monday, 17 February 2014

    5 Gambar Wajah Sebenar Artis Akademi Fantasia Curi Basikal Bernilai RM14k


    Semalam gempar dengan media hiburan tempatan berkenaan kes penangkapan seorang artis Akademi Fantasia 2013 yang ditangkap kerana mencuri basikal yang bernilai RM14,000 ketika melakukan operasi pecah rumah bersama dengan rakannya yang lain.


    Menurut sumber OH Media, artis tersebut adalah Suhada AF, salah seorang dari peserta Akademi Fantasia 2013 yang terkeluar pada minggu ke tujuh.


    suhada AF 2013 curi basikal, gambar artis AF curi basikal, gambar suhada AF, suhada AF curi basikal, gambar pelajar AF 2013, pelajar AF 2013 curi basikal, gambar sebenar wajah artis akademi fantasia curi basikal, gambar peserta AF curi basikal

    Suhada yang juga berasal dari Sabah ini dicekup bersama tiga rakannya selepas dipercayai cuba menjual basikal curi sebelum perbuatan mereka dikesan polis yang melancarkan Op Cantas Khas.


    Mereka ditahan pada jam 2.30 petang kelmarin di sebuah kafe di bandar raya ini bersama sebuah basikal jenis ‘Bianchi’ dipercayai barangan dicuri dalam kejadian di sebuah rumah di Kingfisher, Menggatal, dekat sini, Rabu lalu.

    suhada AF 2013 curi basikal, gambar artis AF curi basikal, gambar suhada AF, suhada AF curi basikal, gambar pelajar AF 2013, pelajar AF 2013 curi basikal, gambar sebenar wajah artis akademi fantasia curi basikal, gambar peserta AF curi basikal

    Difahamkan, semua suspek berusia antara 19 dan 27 tahun dikesan berada di kafe di Lintas sebelum dihampiri sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

     sumber

    P/S : Macam-macam hal la.. Dia kan artis, takkan takde duit nak beli kot.

    Saturday, 15 February 2014

    Lucky Giveaway by Tisya & FD


    بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ
    "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


    Klik banner untuk join.

    Senarai hadiah :-
    Beg laptop & dress by Yumida | Keychain handbag 3D by Batrisyia | Bookark 4Rabia by Iman Zakaria | Tudung by Karimah | Topup RM10 by Arrien | Topup RM10 x 3 by Waney | Printed Shawl by Adriana Azam | Topup RM5 by Darlina | Preloved Novel by FD | Topup RM5 x 5 by Shad | Topup RM5 x 2 by Iza Arina

    Lucky Giveaway ditaja oleh Batrisyia, Fatin Diana, Yumida, Iman Zakaria, Karimah, Arrien, Waney, Adriana, Darlina, Shadira, dan Iza Arina.


    Tamat 25 Februari 2014, 10 Malam.

    PELIK !! 10 Makanan Yang Paling Jijik Di Dunia


    Di Malaysia, kalau kita dengar ada yang makan darah ular, kucing dan katak pun sudah cukup meloyakan tekak. Tetapi di negara luar lebih dasyat lagi apa yang mereka makan. Mungkin bagi penggemar makanan eksotik, itu adalah sesuatu yang sangat lazat dan mampu membuatkan mereka kecur liur.


    Berikut ialah 10 makanan yang menjijikkan dan negara yang paling banyak mempunyai makanan jijik ialah negara China.

    1. Burger “Cindil” – China.
    Cindil atau nama lainnya anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Selain itu, cindil juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Khabarnya, cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dalam bentuk burger.


    2. Otak Monyet Hidup - China
    Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah kekuatan seksual lelaki. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati masalah kekuatan batin. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan mestilah dipastikan monyet itu masih hidup. Kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan di belah tengkoraknya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan di makan dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur, dan Kota Jakarta.


    3. Tikus Goreng - China
    Tikus-tikus yang biasanya didapati berkeliaran di sawah para petani ini yang biasanya menjadi hidangan sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang di negara China. Daging tikus yang telah disembelih dan diperap akan digoreng dan dijadikan santapan. Daging tikus dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang baik untuk kesihatan.


    4. Ulat Rebus - Botswana
    Suku kaum di pedalaman Botswana dikatakan gemar menyantap ulat-ulat Mapone sebagai menu makan hampir setiap hari. Ulat-ulat yang telah dikumpulkan akan dimasak dengan menggunakanbahan perasa untuk menambahkan kesedapannya dan disantap bersama-sama dengan nasi.


    5. Soya Busuk -  China
    Hampas soya yang dijemur sehingga keluar bau busuk dan kering akan diproses untuk dijadikan menu makanan, dan ianya hanya terdapat di negara China sahaja.


    6. Telur Rebus Mengandungi Janin Itik – Filipina
    Di negara Filipina, telur itik yang telah mencapai umur 2 minggu atau yang telah berubah menjadi janin akan dimasak atau direbus lalu dijadikan santapan dan dimakan dengan sos dan kicap masin. Telur seperti ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mampu menambahkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.


    7. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur.
    Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh diproses sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang dan di restoren restoren mewah di bandar-bandar dengan harga yang sangat mahal.


    8. Sos Dari Sperma Ikan Emas
    Di negara Hungary, sperma ikan emas akan diproses dan dicampur dengan susu untuk dijadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.


    9. Steak Daging Buaya di – Singapura.
    Di negara Singapura, daging buaya kebanyakannya anak buaya akan diproses menjadi steak buaya. Daging-daging buaya terutama bahagian paha tangan dan kaki akan disajikan bersama kentang goreng sama seperti steak daging lembu yang kita biasa lihat. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa ini.


    10. Bola Mata Ikan Tuna – Jepun.
    Di Jepun, bebola mata ikan Tuna yang masih mentah atau yang sudah dimasak akan disantap sebagai snek di waktu lapang. Bebola mata ikan Tuna dipercayai boleh menambah stamina ketika sedang melakukan aktiviti lasak lebih kurang seperti minuman tongkat ali.

    Menggelikan! Tetapi bagi mereka itulah sajian paling sedap dan paling nikmat untuk disantap bersama ahli keluarga. Tidak pasti pula sejauh mana khasiat makanan itu walaupun di khabarkan boleh membantu mengubati pelbagai penyakit dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan.