Friday, 21 March 2014

YB Datuk Jahara Desak Dato' Sri Anwar Undur Dari Pentas Politik


Anwar Ibrahim ketua umum PKR yang sedang menghabiskan saki baki masanya di arena politik negara sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap rayuannya berkenaan keputusan kes liwat Mohd Saiful Bukhari , kini di tempelak oleh YB Datuk Jahara Hamid Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang.

Jahara dalam kenyataannya menasihatkan Anwar Ibrahim supaya segera berundur daripada arena politik memandangkan keputusan mahkamah tidak menyebelahi beliau.

Malahan Anwar telah di kaitkan dengan pelbagai tuduhan yang sebenarnya telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pemimpin.Segala-galanya bermula apabila beliau di pecat daripada kabinet pada tahun 1998.Di sinilah segala-galanya bermula dan Anwar seharusnya sedar betapa rakyat menolak kepimpinannya sehinggakan ramai di kalangan pemimpin dan sahabat yang pernah bersama dalam gerakan reformasi telah meninggalkannya.

Datuk Jahara turut menyifatkan Anwar tidak lagi mampu berjuang untuk rakyat selain daripada memperolok-olokkan demokrasi negara dengan pelbagai pembohongan serta fitnah malahan PRK Kajang juga sebenarnya menjadi bukti kepada rakyat betapa permainan politik kotor ini sedang di budayakan. 

Selain daripada itu sikap mementingkan keluarga dan juga kroni sendiri menjadi asas kepada perjuangan songsang Anwar Ibrahim.Ini sebenarnya mudah untuk di buktikan dengan melihat kepada persidangan di peringkat cawangan-cawangan PKR sendiri yang sering bermasalah.

Anwar akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen sekiranya rayuannya di Mahkamah Persekutuan ditolak, sekaligus membuka laluan untuk diadakan pilihan raya kecil di Permatang Pauh.

Mengikut undang-undang, seorang Ahli Parlimen atau ADUN yang dipenjara selama setahun atau lebih dan dikenakan denda RM2,000 atau lebih akan hilang kelayakan mereka dan pilihan raya perlu diadakan.

Jaharah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Telok Air Tawar menambah agenda serta matlamat Anwar akan diteruskan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dipilih sebagai calon PKR pada pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac ini.

"Tentulah, mestilah...mereka sehati dan sejiwa dalam apa jua perjuangan mereka.

"Saya harap pengundi Kajang matang dan berfikir...nak bagi lagi (undi) pada keluarga Anwar?

"Lihat isu besar iaitu isu air, kerajaan pusat juga yang boleh membantu," katanya.

Nasihat Jahara di rasakan amat bertepatan sekali memandangkan apa yang telah di lakukan oleh Anwar terhadap landskap politik negara Malaysia.Kehadiran Anwar dan gerakan reformasinya jelas telah menyebabkan sebahagian besar rakyat Malaysia kini terjebak dalam budaya politik fitnah yang mampu meruntuhkan institusi negara.

2 comments:

sitirohaida said...

tak minat sangat denga politik nie...singgah kat sini.

Farah Waheda Wahid said...

macam2 cerita politik ni kan...saya lebih gemar membaca dari komen...