Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Tuesday, 22 April 2014

MH370: Punca Sebenar Pegawai Fox Dipecat


art-bajc-620x349

Pasangan warga Amerika yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 berkata pegawai eksekutif Fox yang dipecat daripada tugasnya, menawarkan untuk mengadakan kutipan dana bagi pihaknya.
 
Sarah Bajc, pasangan kepada  Philip Wood yang merupakan seorang daripada 239 penumpang pesawat hilang itu, lapor Sydney Morning Herald (SMH) berkata beliau membalas e-mel Darlene Tipton, Naib Presiden Fox yang menawarkan bantuan kutipan dana berjuta dollar untuk membantunya.

Tipton kemudiannya membalas berkata, suaminya percaya 239 penumpang masih hidup dan akan mendedahkan lokasi mereka dan meneruskan kempen kutipan dana bagi keluarga yang terjejas jika Bajc bersetuju untuk pampasan akan datang.

Bajc kemudiannya memaklumkan Fox yang kemudiannya memecat Tipton yang bekerja dengan Fox selama 24 tahun.

Tipton mempertahankan tindakannya dan berkata niatnya ikhlas.

“Saya kehilangan kerja, saya tiada insurans. Apa salahnya membantu orang,” katanya yang berusia 61 tahun.

Pemecatannya itu menimbulkan simpati dengan sebahagiannya mengkritik Fox.
SMH turut melaporkan video YouTube empat minit menunjukkan suaminya bercakap dari hospital dengan mengalami kecederaan tulang belakang.

“Saya berhalusinasi berkenaan penumpang pesawat. Saya berhubungan dengan seorang gadis bernama Ree,” katanya.

Tipton berkata, beliau akan meneruskan rancangannya melalui laman web kutipan dana, GoFundMe untuk memberikan bantuan kepada keluarga terjejas.

“Kami mahu mengumpul dana bagi keluarga, memberikan kelegaan kepada mereka. Jika tidak mereka mungkin ke mahkamah selamanya,” katanya kepada Associated Press.

MH370 hilang sejak 46 hari lalu dipercayai lokasi terakhirnya di selatan Lautan Hindi, lapor The Malaysian Insider.

Ia memaksa Bajc mempersoalkan kredibiliti syarikat satelit British Inmarsat, yang menyimpulkan pesawat tamat di Lautan Hindi.

Bajc berkata, bukti saintifik perlu diberikan sama ada melalui serpihak sebelum kerajaan mengisytiharkan pampasan dan sijil kematian.

Sumber : KLpost

Friday, 21 March 2014

#MH370: 2 OBJEK BESAR YANG DITEMUI SATELIT ADALAH KONTENA KARGO?


SYDNEY - Dua objek besar yang kini menjadi lokasi tumpuan pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 boleh jadi sebuah kontena yang terjatuh dari kapal kargo, menurut beberapa pakar.

Misi pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu diteruskan pada Jumaat selepas usaha mengesan dua objek yang dikesan pada Khamis atau sebarang serpihan pesawat gagal.

Malaysia dan Australia menyifatkan dua objek yang dirakamkan satelit di selatan Lautan Hindi sebagai ‘petunjuk kukuh’ dalam merungkai misteri kehilangan pesawat sejak 8 Mac lalu.

Dua objek itu yang masing-masing sepanjang 24 meter dan 5 meter dipercayai berada di kawasan sejauh 2,500km dari barat daya Perth.

Namun beberapa pakar bimbang dua objek tersebut tiada kaitan dengan pesawat MH370.

Seorang pakar penerbangan di Universiti New South Wales, Sydney memberitahu agensi berita Associated Press bahawa dua objek itu mungkin merupakan sebahagian kontena yang terjatuh dari kapal kargo di lautan itu.

Seorang lagi pakar, John Blaxland yang juga felo kanan di Pusat Kajian Strategik dan Pertahanan di Australian National University memberitahu CBC News bahawa dia turut mengesyaki objek itu adalah sebuah kontena.

“Agak sukar untuk menganalisis objek tersebut kerana imej itu dirakamkan empat hari lalu. Ini bermaksud imej tersebut mungkin hanyut ke lokasi lain,” katanya, lapor mStar.

Panggilan Misteri Kapten Dalam Kopkit MH370 Sebelum Berlepas Disiasat



Satu laporan mendakwa bahawa juruterbang pesawat MH370 Malaysia Airlines membuat panggilan dari dalam kokpit sejurus sebelum berlepas.

Akhbar The Sun UK berkata penyiasat cuba menyiasat dengan siapa Kapten Zaharie Ahmad Shah bercakap dalam kokpit sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi 8 Mac.

Maklumat itu diiharapkan ini dapat membantu menjelaskan kenapa pesawat itu secara misteri hilang dari radar awam kurang satu jam kemudiannya, kata laporan itu.

Polis Malaysia tidak secara rasmi mengulas mengenai penyiasatan berkaitan dengannya tetapi pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menegaskan bahawa kesemua 227 penumpang dan 12 kru penerbangan itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Polis sedang menyiasat "faktor manusia" selepas menyimpulkan bahawa komunikasi penerbangan itu sengaja dimatikan dan pesawat itu juga ditukar haluan dengan sengaja.

Malaysiakini