Siapa Fattah Amin?
Fattah Amin merupakan pelakon utama drama Playboy Itu Suami Aku. Dalam drama tersebut, beliau memegang watak sebagai King Adrian Benjamin. Drama ini sedang hangat ditayangkan di slot Akasia TV3, hari Isnin sehingga Khamis, jam 7 petang hingga 8 malam.
Fattah Amin merupakan pemenang pertandingan Hero Remaja 2012. Nama sebenarnya ialah Abdul Fattah Mohd. Amin. Berusia 23 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.
Fattah Amin dilabelkan pelakon kayu!
"Pada awal episod, saya akui saya tidak mampu menjayakan karakter lelaki playboy, tapi saya mengambil kegagalan itu sebagai satu cabaran kerana itu lahir daripada diri saya sendiri. Saya tidak membiarkan perkara itu tapi cuba memperbaiki berdasarkan kritikan penonton dan maklum balas orang ramai. Walaupun lakonan saya diistilahkan kayu atau tidak bagus oleh sesetengah pihak, saya masih ada pengarah untuk memandu dan mencorakkan karakter Adrian. Saya hanya boleh komen lakonan saya saja, kalau ada kekurangan saya mengaku memang kelemahan itu datang daripada diri saya sendiri," - Fattah Amin
Lakonan hambar Fattah Amin dalam Playboy Itu Suami Aku
"Saya ada membuat homework untuk watak itu dan tahu jalan ceritanya menghala ke arah mana tapi apabila masuk ke set penggambaran semuanya berubah. Perlu jaga karakter, pergerakan, dialog dan suara serentak dalam satu masa. Jadi saya menjadi gugup! Mungkin kerana saya masih baharu dalam bidang ini dan kurang pengalaman untuk mengatasi perasaan itu. Bagaimanapun, saya enggan menjadikan perkara itu alasan. Saya anggap itu sebagai satu cabaran untuk buat lebih baik pada masa akan datang," - Fattah Amin
Adakah Fattah Amin seorang playboy?
"Definisi playboy adalah seorang lelaki yang ada stail dan gaya, kaki perempuan dan sering melontarkan ayat-ayat manis untuk memikat hati wanita. Saya sendiri bukan playboy! Saya tiada komitmen dengan sesiapa pun buat masa sekarang dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan ramai perempuan serentak. Kalau betul-betul serius saya akan terus melamar, memang sekarang ada berkawan dengan seseorang tapi belum sampai ke tahap untuk berkahwin lagi. Saya masih muda dan perlu membina kerjaya sebelum serius dalam perhubungan," - Fattah Amin
Sumber: Kosmo Online
2 comments:
alah biasalah tu pelakon baru kan. tapi lakonan dia ok je, boleh maju lagi tu ^^
curry shoes
supreme
supreme hoodie
nike kyrie 7
kevin durant shoes
supreme shirt
kevin durant shoes
outlet golden goose
supreme hoodie
pandora
Post a Comment