Wednesday, 25 June 2014

Aksi Ghairah Dewi Perssik Di Kritik



dewi-

GARA-gara berpenampilan seksi selepas pulang mengerjakan umrah, penyanyi sensasi Dewi Perssik atau lebih popular dipanggil Depe telah dikritik hebat oleh penggemar industri hiburan Indonesia.

Masakan tidak belum sampai tempoh sebulan kembali ke tanah airnya, Depe begitu biadab berpakaian seksi dan menari ghairah pada satu majlis sempena pembukaan Piala Dunia 2014 baru-baru ini.

Pada majlis yang diadakan di sebuah kelab malam di Bali, Indonesia itu, Depe juga sempat menyanyikan lagu Shakira, Dare (La La La) dengan hiasan kepala mirip penyanyi tersebut.

Berkelakuan menjijikan sewaktu menghiburkan pengunjung di pusat hiburan itu menyebabkan ramai yang mempertikaikan pemergiaan Depe ke Tanah Suci Mekah itu.

“(Mengerjakan) umrah adalah satu ibadah, semua orang menanam keinginan itu. Sementara menyanyi itu pekerjaan saya. Agama dan dunia hiburan itu berbeza,” kata Depe.

Menurut bekas isteri Saipul Jamiell ini lagi, dia juga sedih apabila masih banyak pihak yang mempertikaikan penampilannya yang bagi Depe tidak begitu seksi.

Malah seperti kebanyakan wanita lain yang menyimpan keinginan untuk menjadi lebih sopan dalam berpakaian namun bagi Depe perkara itu perlu dilakukan secara ikhlas tanpa paksaan.

Tidak menetapkan sebarang tempoh untuk berubah Depa berkata, yang penting dia kini sedang mempelajari cara untuk menjadi insan lebih baik.

“Saya jadi marah apabila orang terus menilai yang buruk-buruk tentang saya sedangkan mereka tidak mengenali siapa sebenarnya Depe.

“Pada masa yang sama saya juga tidak mampu menghalang orang daripada berterusan menghukum saya atas kesilapan masa silam saya. Itu hak mereka,” katanya lagi.

Mengakui sudah terbiasa dengan kritikan yang bertujuan untuk menjatuhkannya sejak mula menceburi industri seni kira-kira enam tahun lalu tegas Depe, itu adalah risiko yang perlu ‘dibayar’ apabila bergelar artis.

“Saya pernah dikritik dan dimalukan. Semua itu saya jadikan pedoman kerana saya tahu Tuhan saja yang boleh menilai saya.

“Dan inilah rahsia kebertahanan saya dalam industri hiburan ini,” kata Depe yang turut terkenal dengan Goyang Gergaji ini, Utusan.

"Saya Tak Pernah Lihat Dia Dera Firdaus"



Remaja OKU2

Bahau – “Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,” kata bapa tiri Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 40-an, ketika dihubungi, semalam.
 Menurutnya, dia berkahwin dengan ibu Muhammad Firdaus dikenali sebagai Lola, 40, pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua.

“Sebelum berkahwin, Lola memberitahu saya, dia mempunyai seorang anak yang juga orang kelainan upaya.

“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya.

“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.

“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,” katanya, lapor Hmetro.

MH370: Isteri Kapten Zaharie Akhirnya Bersuara



Isteri Kapten Zaharie

Lebih tiga bulan selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, isteri juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah akhirnya bersuara.
 Faizah Khan memberitahu dua wartawan New Zealand yang menulis buku berkenaan kapal terbang hilang itu, suara semasa ucapan terakhir dari penerbangan itu adalah milik suaminya Zaharie, lapor akhbar harian di United Kingdom, The Telegraph hari ini.

Beliau berkata anak sulungnya mengenal pasti suara yang mengeluarkan kata-kata “sign-off” akhir adalah bapanya.

Pada mulanya didedahkan para pegawai Malaysia sehari selepas kehilangan penerbangan MH370 bahawa kata-kata akhir dari kokpit adalah “Allright, goodnight”, dan ia dikatakan oleh pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid.

Bagaimanapun pada 31 Mac, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mendedahkan kata-kata terakhir “Selamat malam Malaysia tiga tujuh kosong”, dan tidak dapat dipastikan sama ada suara itu milik juruterbang atau pembantu juruterbang.

Panggilan dibuat dari kokpit kepada pengawal trafik udara di Kuala Lumpur semasa pesawat berada di Laut China Selatan dan meninggalkan ruang udara Malaysia, kurang daripada satu jam selepas berlepas.



Penerbangan MH370 dengan 239 orang penumpang dan anak kapal hilang kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur, tidak lama selepas tengah malam pada 8 Mac, menuju ke Beijing, di mana ia dijadualkan tiba pada pukul 6.30 pagi, hari yang sama.

Menurut The Telegraph, Geoff Taylor, timbalan pengarang Waikato Times New Zealand, beliau dan pengarang bersama, Ewan Wilson bercakap dengan adik ipar Zaharie, Asuad Khan di Pulau Pinang dan kemudian isteri juruterbang berusia 53 tahun itu.

Asuad pada mulanya mendakwa suara dari kokpit bukan milik Zaharie tetapi selepas memanggil kakaknya di hadapan kedua-dua wartawan, beliau mengesahkan suara itu milik suaminya.

“Dalam tempoh lebih kurang tiga bulan, sejak penerbangan hilang, tiada media berjaya mendapatkan kenyataan daripada isteri Zaharie itu,” kata Taylor yang dipetik oleh The Telegraph.
“Kami bernasib baik berjaya mendapatkan pengesahan daripada dia bahawa Zaharie adalah individu yang berada dalam kokpit.”

Dilaporkan pada Ahad oleh sebuah lagi akhbar UK, The Sunday Times, Zaharie kekal sebagai suspek utama kehilangan pesawat MH370.

Sambil menambah, kegagalan mekanikal atau keganasan tidak dapat diketepikan, akhbar itu berkata polis percaya jika ia tindakan manusia, kapten adalah pelaku yang paling berkemungkinan.
Laporan itu, yang juga disiarkan dalam The Australian, berkata polis cawangan khas Malaysia memberi tumpuan siasatan terhadap Zaharie selepas pemeriksaan perisikan gagal menemui sebarang bukti mencurigakan pada orang lain di dalam pesawat itu.

Laporan memetik seorang jurucakap polis Malaysia berkata: “Siasatan polis masih lagi dijalankan. Setakat ini tiada kesimpulan yang boleh dibuat tentang punca kepada insiden dan ia akan menjadi sub judice untuk berkata demikian. Bagaimanapun, pihak polis masih mencari meneliti semua sudut yang berkemungkinan.”

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak laporan The Sunday Times dengan memberitahu media tempatan bahawa “kita tidak perlu melayan teori konspirasi”.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga mengkritik laporan akhbar UK itu, mengulangi bahawa sebarang kenyataan mengenai siasatan ke atas kehilangan penerbangan MH370 akan datang secara langsung daripada pihak polis dan bukan melalui media asing, lapor TMI.

Monday, 2 June 2014

TERKINI !! Cadbury SAH Tiada Unsur Babi




“Kedua-dua produk ini dikesan tiada DNA babi selepas sampelnya diambil terus dari kilang syarikat itu.
“Keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini berbeza kerana mungkin berlaku pencemaran semasa proses penghantaran dan penyimpanan produk itu atau makmal tiada akreditasi untuk mengesan DNA babi dengan tepat,” katanya kepada pemberita di Institut Latihan Islam Malaysia, Bandar Baru Bangi di sini hari ini. – KOSMO!

Sunday, 1 June 2014

Review : Wan Satay House Kuantan, Citarasa Satay Yang Sebenar.


Ehem, lama dah tak citer citu pasal makanan ni. Last pun masa review M2 Cafe & Catering tu je. So kali ni i nak review pasal kedai ni. Kalau g kuantan memang selalu la singgah kat sini. Memang puas hati le kalau korang makan kat sini. 


Masa sampai kat sana , keadaan kedai agak penuh sebab semua nak menjamu selera besar. Walau bagaimanapun family i sempat jugak booking meja. Kalau tak tak merasa la makanan kegemaran i tu. Hehehe.. Walaupun bukan hari cuti sekolah, kedai dia mmg penuh. Bagi yang belum tahu lokasi Wan Satay House ni, lokasinya adalah berhadapan dengan Hotel Seri Malaysia, Jalan Teluk Sisek Kuantan.

Wan Satay House ni menyediakan pelbagai jenis masakkan, antaranya ialah masakkan panas, western, nasi kukus, pelbagai jenis mee & satay.. Haaa, ada banyak lagi sebenarnya tapi i lupa la. hehehe.. So personally, i order spaghetti carbonara & mango juice. nyum3..Total harga makanan i ni dalam rm14. Korang rasa murah ke mahal?

Kat bawah ni antara gambar-gambar yang sempat i snap.







Antara makanan yang family i order. Spagheti bolognes tu la my pebret kalau i ke kedai tu.. Ni adalah peta lokasi kedai tu..


Address: A31, Jalan Seri Kuantan 2, Taman Teluk Sisik 25050 Kuantan, Pahang

Rate : 9/10

June Giveaway oleh Ma

Assalamualaikum w.b.t
*********************************

Tekan Banner Diatas Untuk Menyertai

Ditaja oleh :

Senarai Hadiah :
Double Stemcell RM 250 | TOPUP RM65 | Perla Coffee Rm35++ | 1 Set Tupperware Rm63 | Penanda Buku | Frame | Wallet | Mac Eye Liner

JOM SERTAI SEKARANG 

Pemenang dipilih berdasarkan
-Top Refferal pertama 
-Top Refferal kedua 
-Random