Wednesday, 25 June 2014

"Saya Tak Pernah Lihat Dia Dera Firdaus"



Remaja OKU2

Bahau – “Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,” kata bapa tiri Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 40-an, ketika dihubungi, semalam.
 Menurutnya, dia berkahwin dengan ibu Muhammad Firdaus dikenali sebagai Lola, 40, pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua.

“Sebelum berkahwin, Lola memberitahu saya, dia mempunyai seorang anak yang juga orang kelainan upaya.

“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya.

“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.

“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,” katanya, lapor Hmetro.

3 comments:

puteraduyong said...

ada bapa tiri rupanya...

Emi said...

Lol. Dah tu apa yg daif sgt sampai baju anak pun reput, pastu kurus kering camtu. Dia sendiri kerja..suami pun kasi je nafkah..huhu

NJihe.am said...

Salam singgah, alhamdulillah dah sihat sikit badan anak ini. Kasihan sampat nak tulang reput je. Ibu bapa pun buat tak peduli, rileks je bagi alasan pada media. Dimanakah peri kemanusiaan?

Jemput singgah, studioous.blogspot.com
dan fbshop:facebook.com/nortacollection