Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Monday, 2 December 2013

Lana Nordin Nafi Guna Ilmu Hitam Pikat Johan As’ari


Ya, sememangnya berita percintaan antara Johan As’ari dengan pelakon seksi Lana Nordin merupakan bualan hangat di kala ini. Jadi kami harap pembaca BN dapat bertahan dengan berita berkala tentang mereka yang pastinya akan dilaporkan dari pelbagai aspek. Khabarnya, timbul dakwaan yang Lana telah menggunakan ilmu hitam untuk memikat Johan As’ari.


Ialah, mulut orang bukan boleh ditutup, apatah lagi kisah percintaan mereka ini berlaku dalam masa yang singkat. Lana Nordin melalui mStar Online memberitahu yang dakwaan tersebut tidak masuk akal:-

Susah untuk terangkan situasi ini, saya anggap perkenalan dalam tempoh tiga hari ini dan kemudian terus dilamar dianggap sebagai pertemuan baik antara saya dan Johan.
Ini kerana saya mahu seorang lelaki yang menerima saya seadanya dan kemudian membimbing saya mengubah diri ke arah kebaikan. Terkejut juga apabila orang anggap saya gunakan ilmu hitam terhadap Johan. Itu adalah tuduhan yang tidak masuk akal.
Lana juga tidak menafikan yang ibu Johan masih belum dapat menerima dirinya sebagai calon menantu dengan sepenuhnya, namun baginya perubahan penampilan yang bakal dilakukan secara sedikit demi sedikit akan membantu wanita itu yang dikenali sebagai Datin Firdaus untuk menerimanya.
Johan juga khabarnya percaya perubahan Lana untuk menjadi seorang Muslimah yang baik pasti akan membuatkan ibunya menerima wanita yang dicintai itu.
Tak baik betul siapa yang kata Lana ‘mandrem’ tu kan. Cinta memang tak kenal usia, atau latar belakang. Kalau hati mereka berdua dah suka tidak perlu kita mempertikaikan, apatah lagi keduanya bujang trang tang tang. Sebaliknya, mari kita doakan kebahagiaan mereka saja.

Friday, 29 November 2013

Shila Amzah Luah Perasaan, Padam Gambar Johan As'ari di Instagram



Nampaknya sekali lagi nama Shila Amzah disebut dek kerana cinta tak jadinya. Kalau dulu cintanya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad mendapat tentangan daripada bapa hingga putus ditengah jalan, kali ini nampaknya hubungan Shila Amzah dengan Johan juga tidak kesampaian.

Shila Amzah dilihat sebagai seorang yang sering meluahkan perasaannya di laman sosial hingga mencetuskan spekulasi. Begitu juga kali ini, Shila Amzah sekali lagi meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter. Biarpun tidak diluahkan secara terus, namun daripada bait-bait perkataannya seperti dapat meneka tentang perasaannya kini selepas hubungan cinta Johan As’ari dan Lana Nordin tersebar.

Bukan itu sahaja, Shila juga turut mula memadamkan banyak gambar-gambar Johan dan gambarnya yang bersama Johan di laman sosial Instagramnya, tetapi memuatnaik sekeping gambarnya terbaru bersama ibu kepada Johan dengan caption:-


"Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) Allah knows better..we are here for you.. *Hugs*balik nanti kita pergi jalan2..i promise..:* @firdausari"
Pssssttt CH Berbisik : Kesian Shila Amzah ni. Hidup dipermain je.. Tengok CH ni.. Umo sama jugak ngan Shila ni. Tapi steady je.. Takde pun rasa nak bercintan cintun ni.. Bila putus memang sakit. Pastu mula update kat laman sosial.. Itu la yang selalu perhatikan orang2 kat malaysia ni buat.. 

Baca sepenuhnya di : OhArtis !