Showing posts with label Gosip. Show all posts
Showing posts with label Gosip. Show all posts

Tuesday, 10 December 2013

Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong


Rasanya semua orang tahu akan kemesraan yang wujud di antara Zizan Razak dan Emma Maembong. Namun sehingga ke hari ini, sama ada Emma atau Zizan masih berdiam diri dan enggan menguar-uarkan status hubungan mereka.


Namun Emma Maembong hari ini menerusi Harian Metro memberitahu ada sebabnya dia hanya mahu peminat mengetahui hubungannya dengan Zizan sekadar kawan rapat. Kata Emma:-

Bukan saya nak buat peminat berteka-teki mengenai status kami. Terus-terang ini bukan permainan atau gimik untuk raih publisiti. Biarlah orang tahu status kami sebagai kawan rapat saja, kalaulah tiada jodoh lebih mudah nak jelaskan nanti.
Kalau status kekasih tak perlu nak canang pada semua kecuali memang tentu dia (Zizan) jodoh saya. Mungkin sekarang saya berkawan rapat dengan Zizan tapi esok lusa adakah pasti dia jodoh saya? Macam mana kalau satu hari nanti hubungan kami putus dan tak ke mana pun (berkahwin), tentu orang akan buat spekulasi itu dan ini jika saya sibuk canang kami bercinta sekarang. Sebab itu, lebih senang anggap kami berkawan rapat
Menarik juga konsep yang diguna pakai oleh Emma Maembong ini. Secara logik ada kebenaran kata-katanya. Kalau bagitau lebih-lebih, tup-tup tak jadi memang boleh bikin malu. Kalau betul-betul bercinta pun, lebih baik hanya mereka berdua sahaja yang tahu perasaan itu. Tambah Emma lagi:-
Saya tak nak cakap dia (Zizan) kekasih saya dan begitulah sebaliknya. Untuk cakap kami bercinta mungkin belum tiba masa sesuai. Lainlah kalau betul tertulis jodoh, sudah tentu kami akan berkongsi dengan semua. Selagi belum ada apa-apa, rasanya tak perlu cakap banyak mengenai hubungan ini 
Nampak gayanya peminat yang mahukan Zizan dan Emma bercinta kenalah tunggu Zizan masuk meminang Emma. Setakat sekarang ini, anggap sahajalah mereka sekadar kawan rapat. Apa pun,  CH tengok Zizan dan Emma ini memang sama padan sama cantik orangnya. Semoga suatu hari nanti apabila sudah ada hubungan yang sah, mereka akan tampil ke hadapan untuk memaklumkannya kepada semua orang. Jangan sorok-sorok pulak.

Monday, 2 December 2013

Lana Nordin Nafi Guna Ilmu Hitam Pikat Johan As’ari


Ya, sememangnya berita percintaan antara Johan As’ari dengan pelakon seksi Lana Nordin merupakan bualan hangat di kala ini. Jadi kami harap pembaca BN dapat bertahan dengan berita berkala tentang mereka yang pastinya akan dilaporkan dari pelbagai aspek. Khabarnya, timbul dakwaan yang Lana telah menggunakan ilmu hitam untuk memikat Johan As’ari.


Ialah, mulut orang bukan boleh ditutup, apatah lagi kisah percintaan mereka ini berlaku dalam masa yang singkat. Lana Nordin melalui mStar Online memberitahu yang dakwaan tersebut tidak masuk akal:-

Susah untuk terangkan situasi ini, saya anggap perkenalan dalam tempoh tiga hari ini dan kemudian terus dilamar dianggap sebagai pertemuan baik antara saya dan Johan.
Ini kerana saya mahu seorang lelaki yang menerima saya seadanya dan kemudian membimbing saya mengubah diri ke arah kebaikan. Terkejut juga apabila orang anggap saya gunakan ilmu hitam terhadap Johan. Itu adalah tuduhan yang tidak masuk akal.
Lana juga tidak menafikan yang ibu Johan masih belum dapat menerima dirinya sebagai calon menantu dengan sepenuhnya, namun baginya perubahan penampilan yang bakal dilakukan secara sedikit demi sedikit akan membantu wanita itu yang dikenali sebagai Datin Firdaus untuk menerimanya.
Johan juga khabarnya percaya perubahan Lana untuk menjadi seorang Muslimah yang baik pasti akan membuatkan ibunya menerima wanita yang dicintai itu.
Tak baik betul siapa yang kata Lana ‘mandrem’ tu kan. Cinta memang tak kenal usia, atau latar belakang. Kalau hati mereka berdua dah suka tidak perlu kita mempertikaikan, apatah lagi keduanya bujang trang tang tang. Sebaliknya, mari kita doakan kebahagiaan mereka saja.

Friday, 29 November 2013

Johan Asari Bakal Kahwini Lana Nordin

Assalamualaikum Silent Reader & Stalker

Setelah tiga hari berkenalan, Johan As’ari, 27 tahun, telah melamar Lana Nordin, 34 tahun. Berita ini tersiar di dada akhbar HIP Berita Harian (BH). Berita yang penuh kejutan. Siapa sangka…digosipkan bersama orang lain yang mana juga seorang selebriti terkenal (Shila Amzah), tup-tup memilih Lana Nordin sebagi bakal suri hatinya.

Shila Amzah

Lana Nordin

Pastinya semua yang mendengarnya seakan tak percaya. Adakah ini hanya khabar angin? Adakah hanya gossip liar semata-mata?
  
"Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah ketentuan-Nya. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu.

Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya.

Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia mempunyai kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri tekejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin.- Johan As’ari-"

Johan As’ari

Sumber: AbangNara

Yang Anda Belum Baca Lagi

Shila Amzah Luah Perasaan, Padam Gambar Johan As'ari di Instagram



Nampaknya sekali lagi nama Shila Amzah disebut dek kerana cinta tak jadinya. Kalau dulu cintanya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad mendapat tentangan daripada bapa hingga putus ditengah jalan, kali ini nampaknya hubungan Shila Amzah dengan Johan juga tidak kesampaian.

Shila Amzah dilihat sebagai seorang yang sering meluahkan perasaannya di laman sosial hingga mencetuskan spekulasi. Begitu juga kali ini, Shila Amzah sekali lagi meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter. Biarpun tidak diluahkan secara terus, namun daripada bait-bait perkataannya seperti dapat meneka tentang perasaannya kini selepas hubungan cinta Johan As’ari dan Lana Nordin tersebar.

Bukan itu sahaja, Shila juga turut mula memadamkan banyak gambar-gambar Johan dan gambarnya yang bersama Johan di laman sosial Instagramnya, tetapi memuatnaik sekeping gambarnya terbaru bersama ibu kepada Johan dengan caption:-


"Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) Allah knows better..we are here for you.. *Hugs*balik nanti kita pergi jalan2..i promise..:* @firdausari"
Pssssttt CH Berbisik : Kesian Shila Amzah ni. Hidup dipermain je.. Tengok CH ni.. Umo sama jugak ngan Shila ni. Tapi steady je.. Takde pun rasa nak bercintan cintun ni.. Bila putus memang sakit. Pastu mula update kat laman sosial.. Itu la yang selalu perhatikan orang2 kat malaysia ni buat.. 

Baca sepenuhnya di : OhArtis !