Saturday 17 September 2016

PERHATIAN!! SATRIA MERAH INI TELAH CULIK BAYI BERUSIA 12BULAN!!

Assalamualaikum...

Baru² ni aku dapat mesej mengatakan Satria merah dicuri & pencuri telah melarikan seorang bayi yang berusia 12bulan. Sambil tu ada nama bapa dia Azmir serta number dia. So aku pun whatsapp kat number tu. Jadi ini yang Tuan Azmir tu bagi.




Mesej ni ni sebenarnya PALSU.. JADI SILA HENTIKAN VIRAL MESEJ TU KALAU KORANG DAPATT!!

Friday 17 October 2014

Miera Liyana Jelas Sebab Berbikini Dalam Filem




Nama pelakon Miera Liyana, 21, seringkali dikaitkan dengan imej seksi dan menjolok mata. Walaupun kini Miera lebih bijak menjaga pemakaiannya agar nampak lebih sopan, gadis itu sekali lagi membuat kejutan apabila dia berbikini dan melakonkan aksi di atas ranjang dalam filem terbarunya, ‘Dendam Orang Mati’.

Bagaimanapun Miera menjelaskan bahawa penggambaran filem tersebut sudah dijalankan sejak dua tahun lepas, seiring dengan kontroversi yang menghimpit dirinya apabila dia berpakaian yang memperlihatkan sebahagian payudaranya dalam satu majlis anugerah.

“Waktu itu saya masih baru dalam industri dan ketika saya menerima tawaran tersebut, saya tolak tepi tentang babak yang mungkin mencetuskan kontroversi itu. Apa yang saya fikir ketika itu, saya dapat berlakon dengan Lisa Surihani dan Fizz Fairuz dan pasti saya dapat belajar banyak perkara dari dua pelakon hebat ini,” kata Miera ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem tersebut pada Rabu.

Tambah Miera, dia sudah berbincang dengan pengarah, Jason Chong terlebih dahulu sebelum melakonkan babak-babak tersebut dan Jason meyakinkannya bahawa babak tersebut akan melalui proses suntingan dan ‘camera trick’.


“Mula-mula risau juga dengan hasil babak tersebut. Tapi saya yakin dengan Jason dan dia tahu apa yang dia lakukan. Bila saya tonton hasilnya, saya rasa lega kerana ia tidak keterlaluan,” kata Miera yang menganggap babak tersebut dilakonkan semata-mata memenuhi kehendak watak dan demi menimba pengalaman.

“Bagi Miera ini semua pengalaman dan daripada pengalaman, saya belajar. Saya dah pernah lakonkan babak sebegitu, maka itu kali pertama dan terakhir saya lakukannya. Selepas ini saya akan lebih memilih watak dan skrip yang baik,” kata Miera.

Dalam filem terbaru terbitan KRU Studios ini, Miera memegang watak Min, isteri kedua Shahrul (Fizz Fairuz) yang merampas Shahrul dari Lena (Lisa Surihani) ketika Lena masih koma dan terlantar di hospital. ‘Dendam Orang Mati’ akan mula ditayangkan di pawagam bermula 23 Oktober depan.