Thursday 30 January 2014

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.

Tuesday 28 January 2014

Giveaway Birthday Azhafizah



Hadiah dan pemenang yang akan dipilih

TOP REFERRAL 1
Full Design Blog

TOP REFERRAL 2
Header Blog

TOP REFERRAL 3
Watermark

ENTRY KREATIF
Vector Potrait x 3 pemenang[Soft Copy only]

Setiap penyertaan blogger akan menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper [resolution :1152x864] yang unik ni.Selain sebagai wallpaper desktop boleh tengok calendar sekali.Giveaway ini bermula pada 7:00 am 13 January 2014 dan akan berakhir pada 11:59 pm 7 February 2014.

Remaja Dituduh Bunuh Noor Syafikah


SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar
Alor Setar: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan membunuh seorang daripada tiga beradik perempuan, tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di Kampung Alor Senibong, Mukin Tajar, di sini, Bagi pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
-myMetro-

Monday 27 January 2014

GIVEAWAY CNY by DEDEQ


click banner

Antara hadiah menarik yang ada ialah ;-

1. Baju / Dress untuk top komenter x 1
2. Shawl x 1
3. Keychain x 10
4. Tudung bawal x 2
5. Topup x 3 (Digi , Maxis , Celcom)

SENANG , MUDAH , CEPAT dan SIMPLE kan syarat ? Jom pakat join ^_^

START 9.30pm (27.1.2014) - TAMAT 9.30pm (3.2.2014)
- Jika penyertaan Lebih pada 100 orang , hadiah akan ditambah

Sunday 26 January 2014

Giveaway Blogger by SS


Click banner.


Senarai Hadiah Yang Oh-Sem

Tajaan dari NS Collection
1x Balenciaga Paris Shoulder Bag

Sabun Susu Berasa Collagen



1x black suspenders + 1x brown bracelet

1x kemeja lelaki
1x kemeja jeans

1x Fruisser Hair Mousses
1x Jam Lady Like

2x Baju Tribal
2x Baju Blouse

1x t-shirt perempuan
2x Topup RM5

Kecewa ! Guru Layan Anak Macam Lembu



SUNGKAI - Dua ibu murid Tahun Empat di sebuah sekolah aliran Cina di sini kecewa dan sedih dengan cara seorang guru lelaki mendenda anak mereka kerana tidak membuat kerja sekolah pada Khamis lepas.

Mereka mendakwa guru berusia 26 tahun itu mengalungkan loceng di leher anak lelaki masing-masing dan diberi makan rumput serta dipanggil 'lembu'.

Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata beliau diberitahu oleh rakan anaknya bahawa guru itu turut merakam gambar anaknya dalam keadaan demikian  menggunakan telefon bimbit serta menunjukkan gambar itu kepada murid-murid di kelas lain sambil mengugut akan memuat naik gambar itu dalam laman sosial Facebook.

Katanya beliau amat sedih, kecewa dan sakit hati apabila mengetahui perkara itu dan akibat kejadian itu, anak lelakinya mengalami fobia dan takut untuk ke sekolah semalam, katanya kepada pemberita di kawasan Surau Awamiah, Taman Permai di sini, hari ini.

Siti Aisyah Hashim, 32, pula berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan guru itu dan guru besar sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai petang semalam bagi menyelesaikan perkara itu.

Dalam pertemuan itu, katanya guru berkenaan hanya memohon maaf dan terus beredar dari balai polis sebaik pertemuan itu selesai dan beliau menganggap permohonan maaf guru itu tidak ikhlas.

Sementara itu, seorang daripada murid itu berkata mereka tidak disuruh memakan rumput yang diberikan dalam kejadian pada 9 pagi itu tetapi diberi amaran supaya tidak menanggalkan loceng itu sehingga 1.30 petang, jika tidak mahu dirotan sebanyak 10 kali.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw mengesahkan bahawa Yarni telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Siasatan polis dibuat dengan memanggil kedua-dua pihak dan murid terbabit.

Perjumpaan dihadiri Guru Besar sekolah berkenaan dan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang.

"Hasil perbincangan mendapati guru itu mengaku melakukan perkara itu tetapi menafikan memberi mereka makan rumput," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Som Sak berkata guru itu mengambil tindakan demikian kerana  kedua-dua murid berkenaan tidak menyiapkan kerja rumah bahasa Inggeris sejak dua minggu lepas.

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Sungkai pada 1.20 petang semalam, Yarni Kasuma mendakwa anaknya bersama-sama seorang lagi rakan kelas telah didenda memakai loceng di leher semasa murid lain menikmati waktu rehat.- Bernama

Landak Jatuh Di Kepala



SEORANG wanita Brazil terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kepalanya dicucuk lebih 270 duri landak.

Sandra Nabucco, 52, dari Rio de Janeiro berkata, landak itu jatuh di  atas kepalanya dari  tiang elektrik ketika beliau sedang berjalan sekitar bandar itu.

“Apabila saya menyentuh kepala akibat terlalu sakit, saya dapati banyak duri landak di tangan,” katanya dipetik DailyMail

Sejurus kejadian itu, dia meminta bantuan dari jiran untuk menghantarnya ke hospital.

“Saya diberikan antibiotik dan doktor bedah mengeluarkan lebih 200 duri dari kepala. Ia amat menyakitkan,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran landak itu menjadi tanda tanya kerana kawasan dilaluinya bukanlah berhampiran hutan.

Pekerja Ladang Gempar Anak Kerbau Berkepala Dua



KOTA TINGGI 25 Jan. - Pekerja Ladang Alaf dekat sini gempar dengan kelahiran seekor anak kerbau balau merah yang berkepala dua semalam.

Pengurus ladang tersebut, Fauzahar Sail, 40, ini merupakan kali pertama dia melihat kejadian aneh seperti itu apabila ibu kerbau melahirkan seekor anak berkepala dua.

"Barangkali ini salah satu keberkatan dan kebesaran ditunjukkan Allah SWT di ladang ini, maklumlah pada masa ini ramai orang datang membeli dan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu dan kambing sempena sambutan Maulidur Rasul.

"Bagaimanapun saya terkilan tidak dapat perlihatkan kepada orang ramai kerana anak kerbau itu tidak dapat diselamatkan semasa dilahirkan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Pembantunya, Mohd. Rafiq Kadir, 27, percaya anak kerbau itu telah mati sebelum dilahirkan berikutan air ketuban telah kering.

Dia bersama enam rakan sekerja cuba membantu ibu kerbau itu dari pukul 10.30 pagi Khamis lalu, namun sehingga petang mereka gagal mengeluarkan anak kerbau berkenaan.

"Kami kemudian mengambil keputusan menyuntik ibu kerbau dengan sejenis cecair perangsang agar dapat melahirkan anaknya secara semula jadi.

"Dalam pukul 10 pagi tadi (semalam) bila saya tinjau ibu kerbau itu berjaya melahirkan anaknya, tetapi terkejut mendapati anak kerbau itu mempunyai dua kepala dan sudah tidak bernyawa," katanya.

"Sudah tiga tahun saya bekerja di sini, tetapi baru kali ini menyaksikan peristiwa aneh seperti ini," katanya. - UTUSAN-

Tuesday 21 January 2014

7 GAMBAR LINDA ONN BERSAMA UNGKU AZHAR

Wow. Kacak, handsome dan tampan sungguh Ungku Azhar, suami Linda Onn ini. Memang patutlah Linda Onn sorokkan selama ini. Takut ada gadis-gadis lain di luar sana terpikat (gurau-gurau jer nie). Sekali pandang, macam Hans Isaac pun ada. 2 kali pandang nampak macam Jehan Miskin. Kesimpulannya memang kacak ah.

Baru-baru ini Linda Onn dan suami telah menghadiri majlis hari jadi Datin Paduka Umie Aida. Daripada apa yang saya baca, mereka berdua memang “sweet” sangat-sangat. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke syurga kelak.







PRODUK DOUBLE STEMCELL TIDAK MEMILIKI SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA - JAKIM

Hari ini saya diajukan soalan, adakah produk Phytoscience Double Stemcell memiliki Sijil Halal dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia, JAKIM?

Saya kemudian menghubungi Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Ustazah Asiah Alkharib Shah. Beliau kemudian meminta saya merujuk kepada Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, JAKIM, Nadia Zammil Md Nasir. 

Nadia kemudian menghantar emel penjelasan berbentuk FAKTA kepada saya.

Assalamualaikum wm. wb.,

Menjawab isu produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience

Tuan/puan 

Terima kasih kerana merujuk perkara ini kepada pihak kami.

Melalui semakan status halal di direktori halal Malaysia, produk tersebut tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia. Carian atas nama syarikat juga mendapati bahawa syarikat tersebut tidak berdaftar dengan sistem/direktori halal sehingga kini. Tuan/puan juga boleh membuat carian di direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my dengan memasukkan nama produk/nama pengedar/pengeluar dan hasil carian akan terpapar sekiranya produk tersebut mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.

Dalam hal ini, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Hal ini telah dipanjangkan kepada Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan JAKIM untuk siasatan lanjut.

Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan. Sesungguhnya memilih yang halal itu fardhu bagi orang Islam.

Terima kasih kerana memilih halal Malaysia! 

(NADIA ZAMMIL MD NASIR)
Assistant Director
Public Relation Offier (PRO)
Halal Hub Division
Department Of Islamic Development Malaysia (JAKIM)
PJH Tower, No 2,
Precint 2,
62100 Putrajaya 

Ringkasnya, kenyataan di atas mengatakan, produk Double Stemcell TIDAK memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, JAKIM tidak melabelkan produk itu haram. 

Jangan terkeliru.

Produk telah melanggar APD 2011, justeru penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harus bertindak tanpa memilih bulu.


Setelah membaca penjelasan itu, molek sekiranya syarikat pengeluar produk terbabit tidak terus mencetak logo halal JAKIM di kotak produk kerana tindakan itu mengelirukan masyarakat pengguna di Malaysia.

Saya hanya berkongsi maklumat disalurkan oleh pihak berkuasa. Blog Sahabat Halal juga memaparkan informasi sama, klik di sini.

Berikut respon awal pembaca, Zai Phytoscience. JIKA kenyataan JAKIM itu tidak benar, Zai sepatutnya menyanggah dengan bukti, bukan mengeluarkan kenyataan secara semberono.


sumber : Mazidul Akmal

Monday 20 January 2014

Nora Danish: Saya & Nedim Tak Seteruk Orang Ramai Sangka


Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tidak sah rasanya jika satu minggu berlalu tanpa kisah tentang pasangan yang kini sedang hangat bercinta Nora Danish & Nedim Nazri. Apa sahaja boleh menjadi bahan untuk bacaan anda semua.
Terbaru, menerusi sisipan hiburan Berita Harian hujung minggu lalu Nora Danish telah tampil menjelaskan yang beliau dan Nedim Nazri tidaklah seteruk yang disangka oleh orang ramai — lebih lebih lagi tentang isu bercuti bersama ke luar negara.
“Apabila pergi bercuti dengan Nedim, kami bukan pergi berdua-duaan. Selalunya percutian kami disertai keluarga dan teman-teman baik saya. Apabila kami bercuti, mesti ada yang fikir bukan-bukan, duduk sebilik dan macam-macam lagi. Kami tak seteruk itu!”
Nora Danish juga berkata yang beliau sebenarnya malas untuk melayan kata kata negatif yang sering dilemparkan kepadanya melalui Instagram namun ada masa kesabaran beliau tetap teruji & akan membidas semula untuk mempertahankan maruah dan hak.
Pelakon berusia 32 tahun ini mengakui yang beliau memang mempunyai perancangan untuk berumahtangga tetapi ianya bukanlah satu keutamaan ketika ini dan meminta peminat memberikan ruang kepada mereka untuk saling mengenal hati budi. -ROTIKAYA-

Gossip: Zizan Razak, Emma Maembong Bercumbu Dalam Kapal Terbang?




Baru sahaja rasanya kita dengar kisah gembira pasangan ini bercuti sakan bersama rakan rakan ke Amerika Syarikat, ada pula khabar kurang enak sampai ke pengetahuan media tentang perilaku Zizan Razak & Emma Maembong.
Utusan Malaysia menerusi ruangan gossip mereka menulis yang ada sumber menyampaikan tentang Zizan Razak & Emma Maembong yang khabarnya bercumbu dalam kapal terbang ketika perjalanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat.
“Menurut teman Miss J itu, Zizan yang duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan silu bercumbuan. Tak kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan bukan?”
“Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta. Baik Zizan atau Emma, dua-dua pun sama tak nak mengaku — habis itu, cium-cium itu sebab sayang sebagai kawanlah?” -rotikaya-

PANAS ! Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram

Rentetan dari dakwaan para peminat mengatakan Nur Fazura menyindir Hanez Suraya meniru fesyen beliau, hari ini menerusi Berita Harian Hanez Suraya sendiri mendedahkan yang beliau kini sudah tidak dapat mengakses akaun Instagram Nur Fazura.

“Setahu dan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada masalah antara kami. Tak tahulah kalau dia tak puas hati di belakang. Jika betul dia tak tuju perkara itu kepada sana, dia akan pertahan dan perbetulkan saya”
“Selama ini pun kami saling mengikuti di Instagram, cuma baru baru ini saya buka profilnya tetapi akses saya saya sudah disekat. Saya kurang faham kenapa jadi begitu,” ujar Hanez Suraya.

Hanez Suraya menambah yang sebelum ini beliau & Fazura memang ada berjumpa malah pernah bergambar sama dan kali terakhir bertemu beberapa bulan lalu dalam satu acara.
“Dia pun gemar memanggil saya sebagai adik. Tak pernah terdetik di hati saya untuk tiru gaya dan fesyennya tapi satu fakta yang tak boleh diubah — dia memang cantik — saya suka tengok cara dia,” tambahnya lagi.

Lelaki China Mampu Mengepam 4 Biji Tayar Kereta Guna Hidung



CHENGDU, Sichuan - Seorang lelaki China mencipta rekod dunia apabila dia mengepam empat biji tayar kereta menggunakan hidungnya, lapor sebuah akhbar tempatan.

Nie Yongbing, 63, mengambil masa 21 minit untuk melakukan tugas sukar tersebut.

Dia menggunakan kekuatan hidungnya untuk meniup udara ke dalam tayar kereta berkenaan dengan terdapat dua orang dewasa di atas setiap tayar itu.

Nie mula melakukan perkara ganjil itu selepas seorang doktor memberitahu yang dia dapat meningkatkan tahap kesihatannya dengan meniup belon menggunakan hidung.

Sehingga kini, lelaki tersebut masih belum menemui pencabar yang mahu menandinginya. -kosmo

Sunday 19 January 2014

Tutorial Numbered Page Navigation

Assalamualaikum.. Hai u'olls, setelah sekian lama kini muncul kembali dengan tutorial baru. Kali ni nak buat tutorial numbered page. Dah tak pakai dah home, next & previous tu. Kita pakai number pulak. Tapi cun punya. Korang boleh buat ikut warna blog korang macam yang BCC buat ni. 
Biasa punya.
Bila halakan cursor. Warna berubah pada number 4.

1. Dashboard > Layout > Add Gadget/HTML
2. Copy code ini. Tekan Ctrl+C untuk Copy

<style type="text/css">
.blog-pager,#blog-pager{
font-family:arial, serif;
font-weight:bold;
font-size:12px;
width:98%;}



.showpageNum a,.showpage a {

background: #95fedb repeat-x;
background-position:0px -0px;
border:3px solid #F8BDBB;
-webkit-border-radius:3px;
-moz-border-radius:3px;
border-radius:3px;
margin:0px 1px 0 1px;
padding:3px 10px;
color:#000;
line-height:30px;
cursor:pointer;}



.showpageNum a:hover,.showpage a:hover {

background: #F8BDBB repeat-x;
background-position:0px -30px;
border:3px solid #95fedb;
-webkit-border-radius:3px;
-moz-border-radius:3px;
border-radius:3px;
color:#fff;
-text-decoration:underline;}



.showpageOf{

margin:0 8px 0 0;
background:#95fedb repeat-x;
background-position:0px -0px;
border:3px solid #F8BDBB;
-webkit-border-radius:3px;
-moz-border-radius:3px;
border-radius:3px;
line-height:30px;
padding:3px 10px;
color:#000;}



.showpagePoint {

background:#F8BDBB repeat-x;
background-position:0px -30px;
margin:0 3px 0 3px;
padding:3px 10px;
line-height:30px;
cursor:pointer;
white-space:nowrap;
border:3px solid #95fedb;
-webkit-border-radius:3px; 
-moz-border-radius:3px;
border-radius:3px;
color:#fff;
text-decoration:underline;
font-weight:bold;
 </style>



<script type='text/javascript'>

//<![CDATA[
    var postperpage=2;
    var numshowpage=4;
    var upPageWord ='« Prev ';
    var downPageWord ='Next »';
    var urlactivepage=location.href;
    var home_page="/";



//]]>

</script>



<script type='text/javascript'src='https://dl.dropboxusercontent.com/s/msf4tmk4gr7gzs9/navipage-faiz-tutorial.js'></script>

3. Yang berwarna MERAH adalah untuk background. Yang berwarna HIJAU adalah untuk bolder & yang berwarna BIRU untuk tulisan.
4. Yang berwarna OREN adalah untuk entry disetiap halaman. Macam BCC ada 2. So BCC letak 2. Kalau korang ada 3, letak 3.

Preview dulu. Kalau menjadi bolehlah save :D.
Tutorial sebenar - Faiz Tutorial
Di Ubah Oleh - Cik Hawa Comel