Wednesday 15 January 2014

(TAHNIAH) Didie Alias Hamil Lagi Pada Usia 40 Tahun



Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Jutaan tahniah diucapkan buat Didie Alias atas kehamilannya yang terbaru. Untuk makluman, Didie Alias kini sudah pun berusia 40 tahun. Ini adalah kandungan pertama dengan suami keduanya, Norisham Ismail. Mereka berdua telah pun berkahwin selama 5 tahun.

Mengesahkan berita baik ini, Didie Alias berkata kepada Kosmo:-
Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya. Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham.
Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka

3 comments:

Syira Lokman said...

tahniah didie alias :)
.kak hawa,cek fb..syira ade pm

Farah Waheda Wahid said...

Alhamdulillah rezeki Didie, tumpang gembira di atas berita ini...

Amaliena Ros said...

Rezeki dari Allah..semoga baik2 saja buat didie