Sunday 10 August 2014

Adam, Fiza Elite Kembali Rujuk Selepas Dua Bulan Bercerai



Panjang jodoh mereka berdua nampaknya dan siapalah kita untuk meramalkan yang sebaliknya. Adam AF & Fiza Elite dilaporkan sudah kembali bersama atau dalam bahasa perkahwinannya kembali rujuk pada 17 Julai yang lalu selepas hampir tiga bulan bercerai.
Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman telah pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada hari Selasa yang sekitar jam 11.00 pagi untuk pendaftaran rujuk semua perkahwinan mereka.
#36 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #31 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #35 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA 
“Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka & masih terus berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadan yang berkat. Saya harap semua orang doakan yang terbaik,” ujar Adam.
Adam turut menambah yang beliau dan Fiza banyak muhasabah diri dan mengkaji kesilapan diri masing masing dan berusaha untuk memperbaikinya.
#02 Adam AF & Fiza Elite Kembali Rujuk - ROTIKAYA #79 Adam AF Enggan Komen & Fiza Elite Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya - ROTIKAYA #01 Adam AF & Fiza Elite Kembali Rujuk - ROTIKAYA
Fiza pula berkata yang beliau impikan untuk mengerjakan umrah bersama Adam selain harapan untuk segera menimang cahayamata dengan suaminya itu.
“Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. InsyaAllah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang menjadi lebih baik lagi,” kata Fiza dengan penuh harapan.
#71 Adam AF Enggan Komen & Fiza Elite Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya - ROTIKAYA #76 Adam AF Enggan Komen & Fiza Elite Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya - ROTIKAYA #73 Adam AF Enggan Komen & Fiza Elite Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya - ROTIKAYA
Pasangan ini juga memaklumkan mereka sudah berpindah masuk ke rumah baru di Shah Alam dan Fiza juga sudah berkunjung ke rumah keluarga Adam di Sabah dan beraya di sana beberapa hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Tahniah buat pasangan ini!

Awal Ashaari Dedah Wajah Anak Selepas Scha Al-Yahya Habis Pantang



Serba tidak kena nampaknya jika diri bergelar selebriti. Awal Ashaari & Scha al-Yahya baru baru ini telah didesak segelintir peminat untuk berkongsi gambar anak sulung mereka namun kedua dua mereka nampaknya ada pendirian sendiri dalam hal ini.

#52 Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang - ROTIKAYA #51 Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang - ROTIKAYA #50 Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang - ROTIKAYA

Menerusi Instagram beliau, Awal Ashaari memaklumkan yang mereka hanya akan kongsikan foto atau wajah anak sulung mereka selepas isterinya, Scha al-Yahya habis berpantang 44 hari menerusi hashtag #abispantangbarubolehkenal.
#49 Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang - ROTIKAYA #48 Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang - ROTIKAYA #47 Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang - ROTIKAYA
Ramai juga peminat meninggalkan komen menyokong tindakan Awal Ashaari & Scha al-Yahya ini namun tidak kurang juga terus mengatakan tidak wajar untuk mereka berdua merahsiakan identiti anak mereka terlalu lama dari tatapan para peminat.
#46 Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang - ROTIKAYA #45 Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang - ROTIKAYA #44 Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang - ROTIKAYA
Scha al-Yahya selamat bersalin kira-kira pukul 5.50 petang pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur dan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal. Masih belum ada nama didedahkan buat bayi sulung mereka ini.

Friday 8 August 2014

Salad Tembikai Penghilang Dahaga


'Melon salad' atau pun salad tembikai amat sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut mahupun pembuka selera khas buat tetamu yang berkunjung ke rumah, lebih-lebih lagi pada musim panas. 

Selain berkhasiat, buat tembikai memberikan rasa manis dan sifatnya yang berair turut membantu menambahkan selera makan mahupun menghilang rasa dahaga. 

Pencuci mulut yang khabarnya berasal dari Afrika Selatan ini menggunakan sedikit minuman beralkohol untuk memberikan kesegaran pada rasanya. 


Namun resipi ini telah diubah suai khas buat mereka yang beragama Islam dan tidak mengamalkan minuman beralkohol dalam kehidupan seharian. 

Mudah sahaja untuk menghasilkan juadah pencuci mulut ini, anda hanya perlu menggunakan beberapa jenis buah tembikai yang menjadi kegemaran ramai seperti tembikai biasa dan tembikai susu. 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan tembikai yang berlainan jenis seperti tembikai kuning, 'rock melon', 'sunlady melon' dan bermacam-macam lagi bagi menambahkan tarikan warna dalam hidangan. 

Cedok buah tembikai dengan menggunakan skup bulat dan ianya akan kelihatan seperti bebola kecil yang comel. 

Selepas itu, letakkan bebola tembikai tersebut di dalam gelas mahupun bekas plastik dan hiaskan bersama sedikit daun pudina, perahan jus lemon (boleh juga menggunakan jus oren mahupun limau), secukup rasa air gula mahupun sirap pudina. 

Letakkan di dalam peti ais dan hidangkan ketika sejuk. Siap! Mudah bukan? 

Selamat mencuba!