Thursday 24 April 2014

[TIPS] Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais


Ramai org kata tak elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
 

Hanna Lee say's : Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin?

Tuesday 22 April 2014

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven


http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....

Jawab Isu Pakaian Sendat, Rebecca Akui Sedang Cuba Memperbaiki Diri



Semalam, Murai Batu sedar kecoh di laman sosial dan laman sesawang memperkatakan tentang cara pemakaian pelakon Rebecca Nur Islam yang dilihat sendat dan tidak sesuai dengan imej barunya bertudung itu. BACA SINI: 5 GAMBAR FESYEN BERHIJAB REBECCA NUR ISLAM YANG MELAMPAU

Pelakon yang baru berhijab penuh selepas menunaikan Umrah itu mengenakan pakaian ala jump suit berona merah dan dari penglihatan Murai Batu memang ia agak ketat dari bahagian pinggang hingga ke bawah.

Rakan Murai Batu yang merupakan pengikutnya di laman sosial Instagram itu memberitahu Rebecca sedar apabila pakaiannya itu diperkatakan dan dia telah memuat naik foto kartun Teletubies berwarna merah seperti yang telah disamakan oleh pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini.

Menerusi foto itu Rebecca memberitahu bersyukur kerana dia dan anaknya memang suka akan kartun itu dan sedar ada yang menyebarkan gambar tersebut hanya untuk menjatuhkannya.

Dia seperti agak marah dengan pengikutnya di Instagram yang dipercayai bertanggugkawab menyebarkan gambar-gambar dari akaunnya yang dikatakan private. Dia menganggap pihak itu seorang silent killer dan suka membuat dosa dengan mudah.

Rebecca dalam kapsyennya itu turut memberitahu menerusi pemakaiannya tersebut dia hanya menjadi diri dia sendiri dan sedang mencuba untuk mengikut cara atau jalan Islam yang sebenar kerana menurutnya tiada siapa yang sempurna.


Berikut merupakan kapsyen dari foto Teletubies yang dimuat naik:

“There said I’m a Teletubbies…???Anyway me and my daughter’s Love the TELETUBiES??Alhamdulillah,i notice that the photo circulated to the public was taken from my personal collection in my PRIVATE IG,which is not accessible by the public as it is Lock….i assume that the circulation was made by my followers which intend to tarnish my image for which this character assassination is much worst than the TELETUBBiES……because of this one Silent Killer”FOLLOWER”,the public as made accusation which could result in them getting a FREE sin????GOD bless the Silent Killer.#i be my Self#trying my best to follow the truthful way of ISLAM????#insha Allah,no body is Perfect????#mrsazam#blessed????”

Betul juga tu, tiada siapa yang sempurna dan Rebecca pun baru sahaja berhijab dan Murai Batu rasa berilah dia peluang untuk belajar dari kesilapannya yang dia sendiri tidak sedar.

Sekurang-kurangnya dia telah pun berhijab dan mencuba untuk menjadi Muslimah yang baik, lapor Murai.

Bayi Dalam Kandungan Terjatuh Dalam Lubang Tandas



Lubang tandas

KUALA TERENGGANU – Mayat seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan ditemukan dalam lubang tandas rumah sewa pelajar sebuah kolej swasta di bandar raya ini, awal pagi ini.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner K. Manoharan yang mengesahkan demikian memberitahu, ibu bayi itu dipercayai sakit perut kira-kira pukul 2.30 pagi, lalu memasuki tandas dan bayi dalam kandungan terjatuh.
 
Kejadian disedari oleh salah seorang daripada lima penghuni rumah sewa berkenaan setelah ternampak rakannya terlentang di dalam tandas.
 
'Pelajar itu yang berusia 21 tahun dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami pendarahan, lapor Utusan.
 
Sumber : KLpost 

MH370: Punca Sebenar Pegawai Fox Dipecat


art-bajc-620x349

Pasangan warga Amerika yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 berkata pegawai eksekutif Fox yang dipecat daripada tugasnya, menawarkan untuk mengadakan kutipan dana bagi pihaknya.
 
Sarah Bajc, pasangan kepada  Philip Wood yang merupakan seorang daripada 239 penumpang pesawat hilang itu, lapor Sydney Morning Herald (SMH) berkata beliau membalas e-mel Darlene Tipton, Naib Presiden Fox yang menawarkan bantuan kutipan dana berjuta dollar untuk membantunya.

Tipton kemudiannya membalas berkata, suaminya percaya 239 penumpang masih hidup dan akan mendedahkan lokasi mereka dan meneruskan kempen kutipan dana bagi keluarga yang terjejas jika Bajc bersetuju untuk pampasan akan datang.

Bajc kemudiannya memaklumkan Fox yang kemudiannya memecat Tipton yang bekerja dengan Fox selama 24 tahun.

Tipton mempertahankan tindakannya dan berkata niatnya ikhlas.

“Saya kehilangan kerja, saya tiada insurans. Apa salahnya membantu orang,” katanya yang berusia 61 tahun.

Pemecatannya itu menimbulkan simpati dengan sebahagiannya mengkritik Fox.
SMH turut melaporkan video YouTube empat minit menunjukkan suaminya bercakap dari hospital dengan mengalami kecederaan tulang belakang.

“Saya berhalusinasi berkenaan penumpang pesawat. Saya berhubungan dengan seorang gadis bernama Ree,” katanya.

Tipton berkata, beliau akan meneruskan rancangannya melalui laman web kutipan dana, GoFundMe untuk memberikan bantuan kepada keluarga terjejas.

“Kami mahu mengumpul dana bagi keluarga, memberikan kelegaan kepada mereka. Jika tidak mereka mungkin ke mahkamah selamanya,” katanya kepada Associated Press.

MH370 hilang sejak 46 hari lalu dipercayai lokasi terakhirnya di selatan Lautan Hindi, lapor The Malaysian Insider.

Ia memaksa Bajc mempersoalkan kredibiliti syarikat satelit British Inmarsat, yang menyimpulkan pesawat tamat di Lautan Hindi.

Bajc berkata, bukti saintifik perlu diberikan sama ada melalui serpihak sebelum kerajaan mengisytiharkan pampasan dan sijil kematian.

Sumber : KLpost

Fiza Elite Sah Failkan Penceraian, Perbicaraan Disebut Isnin Depan

 
 
Setelah membuatkan para peminat tertanya-tanya, akhirnya desas-desus mengenai keretakan rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite terjawab jua. Menurut laporan Harian Metro, Fiza Elite telah pun memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Adam AF di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada hujung minggu. Kes mereka akan dibicarakan Isnin depan.

fiza dan adam sah cerai

Sebelum ini, Adam menafikan sekeras-kerasnya bahawa rumah tangganya sedang bergolak sementara Fiza Elite menerusi akaun Instagramnya telah memberi sedikit bayangan mengenai keretakan perkahwinan mereka. Sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes mereka Isnin depan. Semoga jalan penyelesaian yang terbaik akan ditemui oleh pasangan ini.
 

Thursday 17 April 2014

Segmen Blogwalking By DayangDeno



Haaaaa.. Mana2 yang singgah blog I ni. Meh la kita join Segmen akak kecik kite ni. Mari la kita rapatkat silaturrahim sesame blogger. Kot2 nanti ada jodoh, boleh jumpa kat event2 blogger. Mesti ada yang teringin nak jumpa blogger2 yang selalu kite bersembang di alam maya ni kan? I ni nama je duk senegeri dengan Kak Dayang, tapi tak penah2 jumpa. Teringin nak jumpe tatak tecik itew ni..

Ish, pa la ceq melalut ni. Jom join u'ols. Dah ! Tekan banner tu ya. Oh lupa ceq nak bagitau. Tamat pada hari pekerjaan nanti. 1 Mei ni la. Takkan tak tau kot. Hihihi.. :p

Wednesday 16 April 2014

Tempahan Blog Dari Wawa Ashihara


As'salam, selamat malam u'ols. Lame tak hapedet blog pasal tempahan ni.Al-maklum le busy keje, tangguh sekejap. Ni dah berhenti kej boleh le sambung balik. Okay, kali ni tempahan dari wawa yang bertemakan pink, kelabu n merah rose. Tapi tak banyak merah rose dalam tu.

Klik untuk tumbesaran.

Ni 1st time I buat design camni. Dekat 2malam jugak nak samekan border body post tu. Arini baru dapat siapkan dengan sempurna. I hope u like new skin ni wawa. 

Ini bahagian komen. Biasa2 je pun.

Banner dia cakap nak ala2 budak sikit. So, i rasa ni style budak kot. haha!

Footer pun wawa cakap nak simple2 n biasa2 je. Bagi I ni simple la kot.


Lasssssttttlllyyyyy.. header. Maafla tak berapa nak cun.

So apa lagi. Meh la terjah blog Wawa

p/s : Tengah siapkan lagi 1 blog. Jalan 2blog harini. 

Monday 14 April 2014

Akhirnya Tembelang Anak Gadis Terbongkar


Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sanggup berbohong kepada bapanya mendakwa dia diculik dan dirogol ketika pulang dari sekolah bagi mengelak dimarahi gara-gara lambat pulang ke rumah.
Bapanya yang percaya dengan cerita yang direka kemudian membuat laporan polis yang akhirnya membongkarkan tembelang anak gadisnya itu.
Menurut sumber, pelajar tingkatan satu itu ketika disiasat polis mengaku terpaksa berbohong kepada bapanya kerana takut dimarahi ekoran pulang lewat ke rumah selepas tamat persekolahan pada Jumaat lalu.
Katanya, remaja itu sebenarnya pulang lewat kerana mengikut teman lelaki dan mengaku pernah beberapa kali melakukan hubungan seks secara sukarela dengan kekasihnya itu.
“Bapa gadis itu membuat laporan polis mendakwa anaknya diculik semasa berjalan kaki sendirian pulang dari sekolah berhampiran sebuah tapak pembinaan.
“Dalam laporan tersebut, remaja itu mendakwa dibawa ke tempat sunyi dan dirogol sebelum berjaya melepaskan diri dan pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber berkata, kisah penculikan dan rogol membabitkan gadis itu berkenaan bukan sahaja menggemparkan keluarganya tetapi turut membimbangkan pihak sekolah sehinggakan mengeluarkan amaran kepada pelajar terutama wanita agar berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berulang.
Bagaimanapun, ujarnya, pembohongan ‘mangsa’ terbongkar apabila dia membuat kenyataan mencurigakan kepada polis semasa disiasat dan akhirnya mengaku sengaja mereka-reka cerita bagi mengelak dimarahi ibu bapanya.