Thursday 9 January 2014

Di Maria Mohon Maaf



PERANCANG tengah Real Madrid, Angel Di Maria, memohon maaf kepada pihak yang tersinggung berhubung tindakan memegang kemaluannya sewaktu dikeluarkan dalam perlawanan menentang Celta Vigo, kelmarin.

Jelas Di Maria,  bagaimanapun tindakannya itu tidak ditujukan kepada sesiapa dan ia berlaku secara kebetulan.

“Saya membuat bahasa tubuh yang normal ketika dikeluarkan. Ia tidak ditujukan kepada penyokong mahupun pengurus.

“Itu adalah tindakan normal oleh setiap pemain terutamanya ketika anda sedang berlari di atas padang,” katanya.

Di Maria dikecam oleh media Sepanyol kerana tindakannya itu didakwa ditujukan kepada penyokong yang mempersendakannya dalam perlawanan itu. -SINARHARIAN-

No comments: