Friday 20 September 2013

Khasiat Lempoyang


Hai.. Selamat Malam.. Malam ke ni? haha.. Okay, ini adalah tradisi arwah nenek (kami panggil arwah atuk) hawa. Masa kecik-kecik dulu kalau balik kampung(melaka), mesti arwah atuk buatkan lempoyang yang telah dikisar dengan air. So kita minum air tu. Sekarang arwah atuk dah xde, kami dah tak amalkan minum air tu tapi makan Lempoyang tu macam makan ulam-ulaman. Sedap sangat. So malam ni hawa nak share sikit khasiat lempoyang.  



TAHUKAH ANDA pokok apakah ini???
Inilah pokok Lempoyang

Nama saintifiknya adalah
Zingiber Zerumbet, merupakan sebahagian dari keluarga ginger/ halia. Pokoknya mempunyai bunga yg cantik dan ubi seakan halia. Malah ada sesetengah org menjadikan pokok ini sbgai hiasan pokok landskap. Cara ia membiak seakan sama seperti halia dan secara naturalnya ia tumbuh di kawasan semak samun.

TAHUKAH ANDA khasiat Lempoyang ini???
*Khasiat Lempoyang ini digunakan secara tradisional utk membersih dan mencantikkan kulit wajah iaitu dgn cara meminum air perahan kulit ubinya yg dikikis dan dicampur bersama sedikit madu.
*Selain itu khasiatnya juga dapat mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan. Merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) serta dapat juga memperbanyakkan air susu badan.

***
Mengikut laporan kajian yang dibuat oleh UPM Serdang;
“Hasil penyelidikan selama lapan tahun, enam penyelidik
Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan bahan semula jadi berasaskan tumbuhan herba, lempoyang bagi merawat dan mencegah kanser pangkal rahim tanpa sebarang kesan sampingan.
Tidak seperti ubat sintetik biasa, hasil penyelidikan mereka membuktikan bahan berkenaan yang dipercayai antara produk terawal seumpamanya di dunia itu hanya membunuh sel kanser secara khusus tanpa mengganggu sel dan tisu normal lain”.
Ketua penyelidik, Dr Ahmad Bustamam Abdul.

Kalau tak tahu apa itu lempoyang. Cuba tanya orang tua2. Mesti dia tahu. ;)

9 comments:

Mustika Pena said...

assalamualaikum.... hurm bagus skli, maklumat ni. Tak tau lak dpt jd ubt yg bgtu mujarat tp xtau la pokok lampoyang ni. sush x nk jumpa pokok ni...

Unknown said...

@mustika pena Waalaikummusalam. Sebenarnya pokok ni dari indonesia. Tapi pokok ni arwah atuk ada tanam. Jadi bawak tanam dekat rumah. Kalau akak nak boleh datang dekat rumah saya. Kalau nak cari tu rasanya susah, sebab tak ramai yang amalkan makan lempoyang ni.

Teena Tna said...

Lempoyang???
First time dengar

Mustika Pena said...

macam tu kea... elok la tanam kat umh kan, disamping jdkn tnman lanskp boleh buat ubat... 2 dalam satu. Insyaallah, klau brksmpatn dan ada rzki nak jugak tanm kat umah. :)Apa2 pn thnk sbb pelawa tau... klau MP nk nnti MP bgtau boleh

Kiza said...

LAYARI KIZAHERBS.COM.MY
FACEBOOK KIZAHERBS

SYARIKAT KAMI YG MEMBEKAL RHIZOME LEMPOYANG

Unknown said...

Dulu arwah mak amalkan mkn lempoyang nie....Tp sy tak pernah tahu khasiatnya....Skrg sy ada juga taman pokok lempoyang nie tp sy tak pernah mkn sbb tak tahu khasiatnya....Terima kasih berkongsi khasiat lempoyang...

Pembekal_teh_bunga said...


Mencari2 khasiat lempoyang ni kerana malam td adik ipar terbuat teh lempoyang gara2 ingat lempoyang tu halia!habis satu rumah terpaksa mnum teh lempoyang.hehe..btw..tq for the info!

yanmaneee said...

christian louboutin outlet
golden goose sneakers
golden goose sneakers
timberland boots
nike air max 95
kobe basketball shoes
kyrie 6 shoes
golden goose sneakers
jordans
nike air max 270

jasonbob said...

off white clothing
adidas yeezy
pandora bracelet
supreme clothing
off white outlet
lebron 18
golden goose sneakers
nike lebron 15
jordans
longchamp