Saturday 24 May 2014

Cadbury Tarik Balik 2 Produk Positif DNA Babi




CADBURY MENGANDUNGI BABI
SHAH ALAM – Syarikat pengeluar produk berasaskan coklat, Cadburry Dairy Milk hari ini menarik balik dua produknya yang didakwa mengandungi DNA babi serta-merta.
Antara produk terbabit ialah Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.
Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat tersebut mengandungi DNA babi (porcine).
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.
Mengulas lanjut, pihak syarikat terbabit berkata selain dua produk terbabit, tiada lagi produknya dipengaruhi bahan terlarang itu dalam ujian itu.
Dalam pada itu, pihaknya juga memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua coklat Cadbury yang dikeluarkan di negara ini disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) termasuk lokasi dan bahan mentah untuk menghasilkan produk keluarannya.
“Kami sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipenuhi.
“Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan bahawa produk kami adalah standard tertinggi keselamatan dan kualiti,” katanya lagi, lapor Sinar Harian

2 comments:

Hero Borneo said...

takutlah pulak nak makan cokelat..

Anis Farhana said...

selalu gak beli dulu pastu makin lama jarang beli sebab makin xsedap... nasib baik...