Friday 29 November 2013

Shila Amzah Luah Perasaan, Padam Gambar Johan As'ari di Instagram



Nampaknya sekali lagi nama Shila Amzah disebut dek kerana cinta tak jadinya. Kalau dulu cintanya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad mendapat tentangan daripada bapa hingga putus ditengah jalan, kali ini nampaknya hubungan Shila Amzah dengan Johan juga tidak kesampaian.

Shila Amzah dilihat sebagai seorang yang sering meluahkan perasaannya di laman sosial hingga mencetuskan spekulasi. Begitu juga kali ini, Shila Amzah sekali lagi meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter. Biarpun tidak diluahkan secara terus, namun daripada bait-bait perkataannya seperti dapat meneka tentang perasaannya kini selepas hubungan cinta Johan As’ari dan Lana Nordin tersebar.

Bukan itu sahaja, Shila juga turut mula memadamkan banyak gambar-gambar Johan dan gambarnya yang bersama Johan di laman sosial Instagramnya, tetapi memuatnaik sekeping gambarnya terbaru bersama ibu kepada Johan dengan caption:-


"Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) Allah knows better..we are here for you.. *Hugs*balik nanti kita pergi jalan2..i promise..:* @firdausari"
Pssssttt CH Berbisik : Kesian Shila Amzah ni. Hidup dipermain je.. Tengok CH ni.. Umo sama jugak ngan Shila ni. Tapi steady je.. Takde pun rasa nak bercintan cintun ni.. Bila putus memang sakit. Pastu mula update kat laman sosial.. Itu la yang selalu perhatikan orang2 kat malaysia ni buat.. 

Baca sepenuhnya di : OhArtis !

2 comments:

Aqilah Azmi said...

Kesian and malu pon ada jugak lah. Lainkali kita jgn perasan sangat. And playboy memang susah nak dihindari cewah. Hehe

Tweet dia pon kasar kan. Hihihihi

TelingaBulat said...

mungkin itu adalah jodoh.siapa tahu