Tuesday 4 February 2014

Dazrin Kamaruddin Tak Berdisplin – Fasha Sandha



Kalau Fasha Sandha, seorang pelakon senior yang terkenal dengan displin tinggi pun sudah membuat pengakuan mengenai sikap tidak berdisplin Dazrin Kamaruddin, apa lagi yang mampu kita katakan? Baru-baru ini kecoh dikatakan bahawa Dazrin sering lewat ke lokasi penggambaran drama Miranda sehingga menjejaskan kelancaran dan menyusahkan produksi.

Menerusi Harian Metro hari ini, Fasha Sandha melahirkan rasa kesalnya terhadap sikap Dazrin Kamaruddin. Kata Fasha:-
Dia seorang pelakon berbakat, makin menyerlah dan menghormati pelakon senior, tapi sayangnya dia tidak berdisplin. Kalau boleh saya memang tak nak besar-besarkan hal ini tapi memandangkan perkara ini sudah jadi kecoh di media, saya harus akui kesahihan cerita yang timbul.
Saya terbaca di Harian Metro dan media lain mengenai kes ini dan saya akui dia bukan lewat lima atau 10 minit seperti dikatakan, tetapi satu hingga dua jam.


Sedih sungguh bila membaca pengakuan Fasha Sandha ini. Kadangkala bakat sahaja tidak mencukupi untuk maju di dalam industri hiburan tanah air. Displin memang perkara yang amat penting. Jangan sampai nama kita buruk dan seterusnya tidak menjadi pilihan produksi. Nanti kita yang rugi tak dapat tawaran kerja. Diharap Dazrin berubah kerana bak kata Fasha, dia mempunyai masa depan dan bakat yang bagus.

No comments: