Sunday 9 February 2014

Pembayaran BR1M 3.0 Bermula 22 Februari 2014



BR1M 2014 : Sekarang, dah masuk bulan Februari, semakin ramai rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 3.0 ini ingin tahu bilakah pembayaran bantuan BR1M 3.0 akan dibuat.

BR1M 2014 : BR1M 3.0 Akan Mula Dibayar Pada 22 Februari 2014

Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Razak telah pun mengumumkan  pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan pada 22 Februari ini.Pengagihan di peringkat Parlimen pula akan dilaksanakan sehari selepas itu.
Beliau membuat pengumuman  ketika berucap sebelum merasmikan majlis pecah tanah Wisma UMNO Bukit Gantang. Bagi BR1M pada kali ini, setiap penerima akan mendapat bantuan RM650 dan insurans RM50 iaitu bernilai RM700 secara keseluruhan.
Kepada yang bakal menjadi penerima BR1M 3.0, diharap dengan agihan bantuan kali ini digunakan sebaik-baiknya dalam mengharungi arus sara hidup yang semakin membimbangkan.


No comments: