Tuesday 11 February 2014

Scha Alyahya Jalani Pembedahan Buang Rahim


Baru-baru ini kita di khabarkan bahawa Scha Al-Yahya mengandung, kini pelakon dan pengacara popular Scha Alyahya dilaporkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam rahimnya, awal September lalu..


Pening kejap BCC dengan citer ni. Menurut Scha, doktor mengesahkan dirinya menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.

"Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi", katanya memetik laporan Metro Ahad.

Selepas menjalani pembedahan itu, doktor menyarankan pelakon kelahiran Kedah ini untuk berehat selama sebulan namun disebabkan dia tidak betah duduk diam, Scha hanya bercuti selama dua minggu sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Selepas diangkat menjadi duta produk elektronik Sen Heng, kini Scha dan suaminya, Awal Ashaari sekali lagi berganding menjadi pengacara, mengendalikan rancangan The Band yang akan disiarkan di Astro Prima tidak lama lagi.

Kesian Scha & Awal.. :(

8 comments:

Nadia Johari said...

kesian scha..semoga die baik2 aje

Ina Amani said...

semoga awal dan scha tabah ya!

Dayang Deno said...

kesiannya scha.. semoga dia cepat sembuh,,,,

Vee said...

Dia lama dah operate la.. Last year dah operate, sebelum mengandung lagi. Dia buat operation utk buang ketumbuhan, bkn rahim.. Kan dia dan awal dah umumkan dia pregnant..

Unknown said...

jadi Scha x mengandung la ni?

Sally Samsaiman said...

buang ketumbuhan je kan? bukan buang rahim..??

Unknown said...

brita dia operate ni last year kan sblm pregnant.. skang dah 5 month kndungan scha alyahya ni..

Anonymous said...

It's ցoing to be finish of mine day, however befoгe finish I am rеading this fantastic paragraph to іncreasе
my knowledge.

my web-sіte: website