Personaliti TV3, Fiza Sabjahan telah sah bercerai talak satu dengan ahli perniagaan, Afief Farhan Fauzi, 33, dalam keputusan yang dibuat selepas bersetuju untuk berpisah secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Klang, semalam.
 
Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin meluluskan penceraian pasangan tersebut setelah meneliti dokumen perjanjian kedua-dua pihak sebelum membenarkan Afief Farhan melafazkan cerai talak ke atas Fiza.
 
Sebelum ini, Fiza dilapor telah memfailkan cerai secara baik daripada Afief Farhan Fauzi pada 1 Ogos 2013 namun telah dipinda kepada fasakh selepas tuntutannya mendapat bantahan daripada suaminya itu.