Saturday 21 December 2013

Harimau Muda Pulang Dengan Tangan Kosong


Beberapa pemain Harimau Muda meluru ke arah pengadil perlawanan W.N Cho dari Myanmar selepas wisel penamat pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat bola sepak Sukan Sea Myanmar ke-27 di Stadium Bola Sepak Zayar Thiri dekat Naypyitaw, malam ini.

SKUAD Harimau Muda negara pulang dengan tangan kosong selepas gagal meraih pingat gangsa di temasya Sukan SEA ke-27 apabila tewas 1-2 kepada Singapura pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang berlangsung di Stadium Zayar Thiri hari ini.

Keputusan itu bukan sahaja memalukan skuad negara tetapi turut mengecewakan ribuan peminat tanah air yang ingin melihat sekurang-kurangnya pingat mampu dibawa pulang selepas gagal mempertahankan pingat emas dua tahun lalu.

Dua gol Singapura dijaringkan oleh  Harris Harun pada minit ke-13 dan 14.

Gol tunggal Malaysia pula disumbangkan oleh Thamil Arasu pada minit ke-68.

1 comment:

Fatihah Azanan said...

Harap tahun depan 2014 Harimau Muda semakin kuat dibawah jurulatih OKS. :)

My recent post : Shooping Kat Hot Market