Monday 2 December 2013

Saya Dan Shila Amzah Tidak Pernah Bercinta – Johan As’ari



Shila Amzah, Johan As’ari dan Lana Nordin adalah 3 nama yang sedang hangat dibicarakan dalam dunia hiburan tempatan. Ramai peminat yang kecewa kerana hubungan Shila dan Johan tidak menjadi kenyataan apabila Johan mengakui mencintai Lana Nordin secara tiba-tiba. Mana tidaknya, sebelum ini Johan dan Shila seringkali dilihat bergambar bersama-sama dan menunjukkan kemesraan seolah-olah pasangan bercinta.

Malah sebelum ini Johan As’ari juga pernah memberi “hint” seolah-olah sudah tangkap cinta dengan Shila Amzah. Namun menerusi MalaysianDigest baru-baru ini, Johan menafikan mereka adalah kekasih sebaliknya hanya sebagai sahabat. Kata Johan:-

Setiap ujian yang Allah bagi tu, Dia tahu yang kita mampu atasi ujian itu. Saya tidak pernah berkawan dengan sesiapa semata-mata saya ada agenda. Saya berkawan dengan tulus. Saya sayang Shila. Dia sahabat saya. Dia muda lagi. Kerjayanya tengah memuncak. Semua orang bangga dengan dia.
Tapi kami tak pernah bercinta. Kalau dia kata dia tertipu… dia cakap tu pada saya ker? Bagi saya, dia baru melalui fasa kehidupan yang kita sendiri kena faham. Dia pun ada sejarah dia. Kita kena jadi pemaaf dan jangan biarkan diri kita selalu dimaafkan. Saya dan Shila, kami sahabat sampai bila-bila.
SUMBER : Abang Nara 

No comments: