Thursday 19 December 2013

PMR: 30,988 Calon Yang Menduduki PMR Dapat Semua A


PUTRAJAYA: Seramai 30,988 atau 7.33 peratus daripada 422,506 calon yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat Gred A bagi semua mata pelajaran.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan 514 calon atau 0.41 peratus berbanding 30,474 calon mendapat semua Gred A pada tahun lalu.
Menurutnya, bagaimanapun, bilangan calon yang mendapat Gred E bagi semua mata pelajaran meningkat iaitu 307 atau 0.07 peratus berbanding tahun lalu iaitu 241 calon
"Pada masa sama, seramai 11 atau 0.48 peratus daripada 2,300 calon berkeperluan khas mendapat keputusan cemerlang Gred A dalam semua mata pelajaran.
"Ia menunjukkan pengurangan berbanding tahun lalu iaitu seramai 14 calon mendapat Gred A bagi semua mata pelajaran," katanya pada sidang media Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2013 di sini, hari ini